Thursday, September 30, 2004
Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang Kepada Nabi saw ada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s. a. w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya."

Lalu nabi s. a. w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."

Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan Selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi s. a. w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka,sesetengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s. a. w.: "Siapakah penduduk masing-masing untuk setiap pintu?" Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a. s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.

Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir." Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s. a. w. sehingga ditanya:

"Mengapa tidak Kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?" Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."

Maka nabi s. a. w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s. a. w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu." Kemudian nabi s. a. w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s. a. w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.

Dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai"

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat Sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.

Wallahua'lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami Turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda:"
Posted by Lynn Ross at 3:50 am | 0 comments
Tuesday, September 28, 2004
Doa bukan hanya ibadat , malah otak ibadah seperti yang diterangkan oleh Rasulullah sallallahu 'alayhi wa-sallam ,maksudnya :"Doa itu adalah otaknya ibadat" ( hadith riwayat Imam Al-Bukhari ).

Ibadat yang dilakukan tanpa doa dapat diumpamakan seperti manusia yang tidak mempunyai akal ( tidak berotak ).Orang yang tidak mempunyai otak adalah orang yang berkata-kata tanpa berfikir.Dalam pada itu doa dipandang sebagai otak ibadah kerana ia adalah simbol perhambaan kepada Allah.

Nabi Muhammad sallallahu 'alayhi wa-sallam walaupun dikelaskan sebagai manusia pilihan tidak berhenti-henti berdoa mengharapkan pertolongan Allah.

Namun masih ada doa yang tidak dimakbulkan Allah.Ia berlaku apabila seseorang berdoa tetapi dalam masa yang sama masih melakukan maksiat kepada Allah.

Pengajaran daripada kisah Ibrahim bin Adham,seorang ahli sufi cukup untuk menjelaskan kenapakah doa seseorang masih tidak dimakbulkan Allah. Ketika berada di tengah pasar Basrah ,beliau disapa sekumpulan pemuda.Mereka bertanya Ibrahim ,mengapa doa tidak dimakbulkan Allah pada hal selalu berdoa.Ibrahim menjawab doa itu tidak dimakbulkan kerana hati mereka buta ( mati ) berpunca daripada 10 perkara iaitu :

Kamu mengenal Allah ,tetapi kamu tidak menunaikan hak-Nya.
Kamu sangka bahawa kamu cintakan Rasulullah sallallahu 'alayhi wa-sallam,tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.
Kamu membaca Al-Qur'an ,tetappi kamu tidak beramal dengannya.
Kamu makan nikmat Allah , tetapi kamu tidak tunaikan syukur-Nya.
Kamu berkata bahawa syaitan itu musuh , tetapi kamu tidak menentangnya.
Kamu berkata bahawa syurga itu benar , tetapi kamu tidak beramal untuk mendapatkannya.
Kamu berkata bahawa neraka itu benar , tetapi kamu tidak lari daripadanya.
Kamu berkata bahawa mati itu benar , tetapi kamu tidak bersedia baginya.
Kamu bangun daripada tidur lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia tetapi kamu lupakan keaiban kamu sendiri.
Kamu kebumikan mayat saudara kamu ,tetapi tidak mengambil iktibar daripadanya.

Strengthen me, my Lord,
for I am overcome with feebleness.
Ennoble me once more,
for I have been cast down.
Sustain me, my Lord, for I am impoverished.


-From the prayer book, "Al-Hizbul-A'zam"
Posted by Lynn Ross at 3:42 am | 0 comments
Sunday, September 26, 2004
Khutbah Nabi Mengenai Dajjal

Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: "Rasululah s.a.w telahberkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuhmasalah Dajjal. Baginda telah bersabda: "Sesungguhnya tidak ada fitnah(kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yangdibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkankaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalahumat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi(angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada ditengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin.Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dansebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.

"Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Irak. Danmempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahaimanusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciriDajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.

"Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah,tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagaiTuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelumkamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkantidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulisKAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau butahuruf.

"Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanyaitu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas.Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah diameminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surahAl-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar NabiIbrahim itu menjadi sejuk.

"Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab: "Seandainyaaku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal duniaitu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?" Orang Arab itu akanberkata: "Tentu." Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atauibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibubapanya berkata kepadanya: "Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialahTuhanmu."

"Di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, yakni dia bunuh dan diabelah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: "Lihatlah apa yangakan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula.Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah Alaihitu bertanya: "Siapa Tuhanmu?" Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulanorang beriman, menjawab: "Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalahmusuh Allah." Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasukorang yang paling tinggi darjatnya di syurga."

Kata Rasulullah s.a.w lagi: "Di antara tipu dayanya juga dia suruh langitsupaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supayamengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yangpaling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orangbaik dan mereka tidak me-ngakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yangdemikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.

"Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya danpenduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikianhujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi.

"Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjalkecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi olehDajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiranMakkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan diluar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika ituorang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggaldi Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudahmenjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kotaMadinah.

Dalam hadis yang lain, "di antara fitnah atau tipu daya yang dibawanya itu,Dajjal itu lalu di satu tempat kemudian mereka mendustakannya (tidakberiman kepadanya), maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman merekatidak menjadi dan hujan pun tidak turun di daerah mereka. Kemudian dia laludi satu tempat mengajak mereka supaya beriman kepadanya. Mereka pun berimankepadanya. Maka disebabkan yang demikian itu Dajjal menyuruh langit supayamenurunkan hujannya dan menyuruh bumi supaya menumbuhkantumbuh-tumbuhannya. Maka mereka mudah mendapatkan air dan tanam-tanamanmereka subur."

Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Menjelang turunnyaDajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendustadipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanahdipercayai dan orang amanah tidak dipercayai."

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w ada bersabda: "Bumi yangpaling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawaloleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnyaDajjal (di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali. Orang-orangmunafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacingkepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalahyang paling banyak lari ketika itu.

Itulah yang dikatakan hari pembersihan. Madinah membersihkan kotorannyaseperti tukang besi membersihkan karat-karat besi."

Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah r.a. mengatakan:"Pernah satu hari Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku ketika aku sedangmenangis. Melihat saya menangis beliau bertanya: "Mengapa menangis?" Sayamenjawab: "Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal, maka saya takutmendengarnya." Rasulullah s.a.w berkata: "Seandainya Dajjal datang padawaktu aku masih hidup, maka aku akan menjaga kamu dari gangguannya. Kalaudia datang setelah kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan cacat."

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Dajjal munculpada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Padazaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikansetahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yangterasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa."

Ada yang bertanya: "Ya Rasulullah, tentang hari yang terasa satu tahun itu,apakah boleh kami solat lima waktu juga?" Rasulullah s.a.w menjawab:"Ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu itu." Menurut riwayat Dajjalitu nanti akan berkata: "Akulah Tuhan sekalian alam, dan matahari iniberjalan dengan izinku. Apakah kamu bermaksud menahannya?" Katanya sambilditahannya matahari itu, sehingga satu hari lamanya menjadi satu mingguatau satu bulan.

Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia berkata kepadamanusia: "Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan?" Merekasemua menjawab: "Ya, kami ingin." Maka dia tunjukkan lagi kehebatannyadengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan.

Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda: "Akan keluarlah Dajjalkepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empatpuluh. Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluhbulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah SWT mengutus Isa bin Maryamyang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas'ud dan kemudian membunuh Dajjalitu."

Dan menurut ceritanya setelah munculnya Dajjal hampir semua penduduk duniamenjadi kafir, yakni beriman kepada Dajjal. Menurut ceritanya orang yangtetap dalam iman hanya tinggal 12,000 lelaki dan 7,000 kaum wanita.

Wallahu A'lam.
Posted by Lynn Ross at 3:10 am | 0 comments
Saturday, September 25, 2004
A man found a cocoon of a butterfly.One day small opening appeared. He sat and watched the butterfly for several hours as it struggled to force its body through that little hole.Then it seemed to stop making any progress.It appeared as if it had gotten as far as it could, and it could go no further.

So the man decided to help the butterfly.He took a pair of scissors and snipped off the remaining bit of the cocoon.The butterfly then emerged easily. But it had a swollen body and small,shriveled wings.

The man continued to watch the butterfly because he expected that, at any moment, the wings would enlarge and expand to be able to support the body, which would contract in time.

Neither happened! In fact, the butterfly spent the rest of its life crawling around with a swollen body and shriveled wings.It never was able to fly.

What the man, in his kindness and haste, did not understand was that the restricting cocoon and the struggle required for the butterfly to get through the tiny opening were Allah's way of forcing fluid from the body of the butterfly into its wings so that it would be ready for flight once it achieved its freedom from the cocoon.

Sometimes struggles are exactly what we need in our lives. If Allah allowed us to go through our lives without any obstacles,it would cripple us.We would not be as strong as what we could have been. We could never "fly"!

I asked for Strength.........
And Allah gave me Difficulties to make me strong.

I asked for Wisdom.........
And Allah gave me Problems to solve.

I asked for Prosperity.........
And Allah gave me Brain and Brawn to work.

I asked for Courage.........
And Allah gave me Danger to overcome.

I asked for Love..........
And Allah gave me Troubled people to help.

I asked for Favours.........
And Allah gave me Opportunities.
I received nothing I wanted........
I received everything I needed!"fataba"raka-LLahuaHsanu-l kha"liq"n"

"So blessed be Allah, the best of creators!" Sura The Believer (23) verse 14.

The day will surely come when you will see faithful men and women, the true believers, marching forward, with a light going before them, and carrying lights in their right hands.

A voice will declare to them: ‘Rejoice at the good news! Today you will enter gardens watered by running streams, in which you will live for ever.’

That will be the supreme triumph.

-Qur'an, Al-Hadid, Surah 57:12
Posted by Lynn Ross at 3:40 am | 0 comments
Wednesday, September 01, 2004
15 pintu Syaitan yang ada didalam diri kita

- pintu marah
- cinta dunia
- kebodohan (keengganan menghadiri majlis ilmu)
- panjang angan-angan
- rakus
- bakhil
- suka pada pujian
- riak
- ujub (merasa kagum)
- takut dan gelisah
- buruk sangka
- memandang rendah pada orang lain
- merasa suka pada dosa
- merasa aman daripada pembalasan "ALLAH"
- putus asa daripada rahmat "ALLAH"

15 Senjata Menghalang Syaitan

- Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik)
- Banyakkan berzikir
- Banyakan Beristigfar
- Baca "la i' la ha illa anta subha naka inni kuntu minaz zoli min"
- Jangan tidur berseorangan
- Baca doa pagi dan petang
- Bersugi
- Melaksanakan solat jemaah
- Berwudhuk sebelum tidur
- menutup aurat
- Membaca doa masuk tandas.
- Banyak berselawat pada hati
- Bertaubat, beristighfar
- Banyakan baca Al-Quran
- Membaca surah Yassin setiap pagi Rumah yang Tidak Dimasuki Syaitan
- Rumah yang bersih
- Penghuni membaca "Bismillah" ketika memasuki rumah
- Sentiasa berzikir (ahli rumah menegakkan solat)
- Penghuninya jujur dan memenuhi janji
- Penghuninya memakan makanan yang halal (dan cara mendapatkannya halal)
- Penghuninya mengekalkan silaturahim (sentiasa mesra)
- Rumah yang penghuninya berbakti kepada Ibu Bapa

By means of what He created ,Allah gave you shelter from the sun and carved out caverns in the mountains for your refuge.

He gave you the ability to make garments that protect you from heat, as well as coats of mail that protect you in warfare.

Thus He perfected His favors to you that you may surrender yourselves before His will.-Qur'an, An-Nahl, Surah 16:81
Posted by Lynn Ross at 2:53 am | 0 comments