Tuesday, September 28, 2004
Doa bukan hanya ibadat , malah otak ibadah seperti yang diterangkan oleh Rasulullah sallallahu 'alayhi wa-sallam ,maksudnya :"Doa itu adalah otaknya ibadat" ( hadith riwayat Imam Al-Bukhari ).

Ibadat yang dilakukan tanpa doa dapat diumpamakan seperti manusia yang tidak mempunyai akal ( tidak berotak ).Orang yang tidak mempunyai otak adalah orang yang berkata-kata tanpa berfikir.Dalam pada itu doa dipandang sebagai otak ibadah kerana ia adalah simbol perhambaan kepada Allah.

Nabi Muhammad sallallahu 'alayhi wa-sallam walaupun dikelaskan sebagai manusia pilihan tidak berhenti-henti berdoa mengharapkan pertolongan Allah.

Namun masih ada doa yang tidak dimakbulkan Allah.Ia berlaku apabila seseorang berdoa tetapi dalam masa yang sama masih melakukan maksiat kepada Allah.

Pengajaran daripada kisah Ibrahim bin Adham,seorang ahli sufi cukup untuk menjelaskan kenapakah doa seseorang masih tidak dimakbulkan Allah. Ketika berada di tengah pasar Basrah ,beliau disapa sekumpulan pemuda.Mereka bertanya Ibrahim ,mengapa doa tidak dimakbulkan Allah pada hal selalu berdoa.Ibrahim menjawab doa itu tidak dimakbulkan kerana hati mereka buta ( mati ) berpunca daripada 10 perkara iaitu :

Kamu mengenal Allah ,tetapi kamu tidak menunaikan hak-Nya.
Kamu sangka bahawa kamu cintakan Rasulullah sallallahu 'alayhi wa-sallam,tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.
Kamu membaca Al-Qur'an ,tetappi kamu tidak beramal dengannya.
Kamu makan nikmat Allah , tetapi kamu tidak tunaikan syukur-Nya.
Kamu berkata bahawa syaitan itu musuh , tetapi kamu tidak menentangnya.
Kamu berkata bahawa syurga itu benar , tetapi kamu tidak beramal untuk mendapatkannya.
Kamu berkata bahawa neraka itu benar , tetapi kamu tidak lari daripadanya.
Kamu berkata bahawa mati itu benar , tetapi kamu tidak bersedia baginya.
Kamu bangun daripada tidur lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia tetapi kamu lupakan keaiban kamu sendiri.
Kamu kebumikan mayat saudara kamu ,tetapi tidak mengambil iktibar daripadanya.

Strengthen me, my Lord,
for I am overcome with feebleness.
Ennoble me once more,
for I have been cast down.
Sustain me, my Lord, for I am impoverished.


-From the prayer book, "Al-Hizbul-A'zam"
Posted by Lynn Ross at 3:42 am |

0 Comments: