Thursday, May 25, 2006
Location : Masjid Al Taqwa - Taman Tun Dr Ismail
Date : Tuesday , 18 Rabiul-akhir 1427H
Penceramah : Dr Fatma El -Zahra
Topic : Tafsir Al Qur'an - Surah An Nisaa' ( ayat 31-43).


Surah An Nisaa' ( ayat 31 - 43 ) :

1) Ayat 31 - Ayat ini mengingatkan kita untuk menjauhi dosa2 besar. Jika kita jauhi dosa2 besar,Allah Azza Wa Jalla akan ampunkan dosa2 kecil kita.Allah Azza Wa Jalla siapkan diri kita sebelum berbicara tentang dosa2 besar.Allah Azza Wa Jalla beri kita incentive - jauhi dosa2 besar dan dosa2 kecil diampunkan.

Ada 76 jenis dosa2 besar di dalam Islam.Kadang2 kita terlibat didalam melakukannya tanpa kita sedari.Contoh satu dosa besar yang mana kita kadang2 unaware kita buat ialah mengorek rahsia orang. Sometimes kita nampak orang pergi pasar beli barang banyak ,kita pun tanya , "Eh banyaknye beli ayam , nak buat kenduri ke , bila nak buat ,kenapa nak buat kenduri ? Kita tidak boleh tanya orang banyak2 soalan , lagi-lagi kalu orang memang tak nak share dengan kita.

Contoh lain ialah bila kita kutuk orang dan kita panggil orang dengan nama2 tidak baik seperti anjing/beruk dan sebagainya. Orang itu marah dan kutuk kita balik.Perbuatan kita telah menyebabkan kutuk mengutuk ini berlaku.Ini juga dosa besar dan dosa besar hanya boleh dihapuskan dengan bertaubat.

7 dosa besar yang biasa disebut kita memang tahu , tetapi memang ada banyak lagi dosa2 besar yang kita mesti ambil tahu.Dr Fatma cadangkan membaca sebuah buku karangan Sheikh Az-Zahabi yang discuss 76 jenis dosa2 besar.

Kalu boleh hafalkan ayat ini , adalah lebih baik bagi kita kerana ayat 31 ini lebih afdal dari dunia dan seluruh isinya.


2) Ayat 32 - Satu lagi contoh dosa besar ialah tidak redha dengan apa yang kita ada. Setengah perempuan berkata 'Alangkah bagusnya kalu aku ini lelaki ,senang hidup aku". Suatu ketika , Musalamah r.a. pernah bertanya kepada Rasulullah sallallahu 'alayhi wa-sallam beberapa persoalan seperti ; kenapa semua Nabi itu lelaki dan pergi berjihad juga kaum lelaki ? Kenapa tidak perempuan dan sebagainya . Lalu Allah Azza Wa Jalla turunkan ayat ini .

Samada kita dilahirkan sebagai lelaki atau perempuan ,kita mempunyai tugas masing2 yang harus dilaksanakan. Lelaki ada tugasnya yang tersendiri dan perempuan juga mempunyai tugas dan tanggungjawab mereka yang tersendiri. Jangan complaint.

Apa sahaja yang kita mahukan ,mintalah dari Allah Azza Wa Jalla.


3) Ayat 33 - Harta benda waris telah ditetapkan/nasakh-kan.Ayat ini diturunkan sebelum turun hukum Faraid dalam Surah Al Maidah.


4) Ayat 34 - Ayat ini menerangkan yang lelaki adalah pemimpin dan pengawal kepada perempuan.Leadership is with the husband/ man.Kalu perempuan pun nak jadi ketua susha la.Satu kapal tidak boleh ada 2 orang kapten. Allah Azza Wa Jalla memberi keistimewaan kepada lelaki untuk menjadi ketua/leader.Orang perempuan ada banyak emosi dan kelemahan.Itu aturan alam.Bukan sesuatu yang boleh ditukar.

Cuba tengok contoh orang perempuan beli kasut.Boleh masuk 2-3 kedai try semua kasut tapi masih tak beli kasut. Datang lagi hari lain cuba lagi kasut2 di kedai lain.Tapi orang lelaki ambil masa 10 minit boleh beli kasut.Most perempuan fickle minded and undecided.

Ayat ini juga menerangkan tentang beberapa ciri wanita solehah , yakni ;
wanita yang taat kepada Allah Azza Wa Jalla.
taat pada Rasulullah sallallahu 'alayhi wa-sallam.
jaga harta/maruah / rahsia suami.
mengikut perintah suami.

Ayat ini menerangkan tentang cara2 suami perlu lakukan jika isteri nusyuz/derhaka ;
nasihatkan isteri - jangan hanya diamkan diri atau tunjuk muka masam.Suami mesti memberi nasihat kepada isteri jika isteri derhaka.
jika isteri masih degil , hijrah dalam tempat tidur. Tidur satu katil tapi tidak ada seks /belai2/ sayang2 etc.Tapi jangan tidur bilik lain atau pindah tidur hotel kerana itu akan memusnahkan perkahwinan.
jika masih degil - dibolehkan memukul isteri.Tapi jangan pukul muka atau sampai menyakitkan /melukakan isteri.

Hadith sahih dari Rasulullah sallallahu 'alayhi wa-sallam menyatakan jika suami hendak bermesra dengan isteri di tempat tidur dan si isteri menolak,maka malaikat akan melaknat isteri itu dari malam hingga ke pagi. What if the isteri mati malam itu , sudah dikira derhaka dan boleh masuk neraka.

Hadith lain menyatakan jika dibolehkan manusia menyembah manusia lain , maka akan diperintahkan para isteri menyembah suami mereka. Ini menunjukkan betapa seorang suami harus dihormati oleh sang isteri.


5) Ayat 35 - Jika selisih faham antara suami and isteri masih berterusan, lantiklah wakil dari kedua-dua pihak lelaki dan perempuan untuk berdamai. Jika mereka ikhlas untuk mendamaikan ,maka Allah Azza Wa Jalla akan permudahkan urusan mereka.


6) Ayat 36 - Hendaklah kamu taat kepada Allah Azza Wa Jalla dan jangan sekutukan-Nya kerana syirik adalah satu dosa besar. Berbuat baiklah kepada ibubapa , kaum kerabat/keluarga,anak yatim,jiran tetangga ,sahabat handai ,musafir, pembantu/hamba kerana Allah Azza Wa Jalla benci kepada orang2 yang angkuh dan sombong.


7) Ayat 37 - Satu dosa besar kedekut dan dalam masa yang sama menyuruh orang lain menjadi kedekut seperti dirinya."Ala , tak payahlah sedekah banyak2 sangat.RM1 cukuplah , orang lain pun bagi RM1 aje."

Satu lagi golongan yang dibenci Allah Azza Wa Jalla ialah mereka yang ada duit/harta tapi cakap tak de duit.Jangan tak mengaku nikmat Allah Azza Wa Jalla.Ada orang sengaja pakai baju buruk2 , tak nak orang tahu dia ada duit . Kalu kita memang ada duit , tidak salah untuk pakai baju cantik asal aje tidak berniat untuk riak dan sombong.Jika Allah Azza Wa Jalla beri nikmat kepada hamba-NYA , Allah Azza Wa Jalla mahu kita bersyukur dan nampak nikmat itu pada kita.

Allah Azza Wa Jalla siapkan seksa bagi orang2 kafir di akhirat kelak.


8) Ayat 38 - Ada satu lagi dosa besar.Bersedekah tetapi hendak menunjuk-nunjuk.Niat itu penting , jika bersedekah dengan niat nak tunjuk banyak duit - dosa besar.Mereka ini tidak beriman pada Allah Azza Wa Jalla dan hari akhirat. Ada yang bersedekah , nak masuk tv , tunjuk pegang cheque besar RM500 ribu. Tapi jika sedekah RM500 ribu dan masuk tv tapi dengan niat supaya orang lain sama2 sedekah ,tidaklah dikirakan dosa besar kerana hendak galakkan orang lain bersedekah juga.

Siapa yang memilih syaitan sebagai sahabat,itulah seburuk2 teman.Siapa yang tidak pernah solat/zikir/baca Al Qur'an ,Allah Azza Wa Jalla lantik satu syaitan sebagai teman baik untuk dirinya.Hiduplah dengan 'teman baik' ni sampai mati.


9) Ayat 39 - Apa salahnya jika beriman dengan Allah Azza Wa Jalla dan hari akhirat dan pada masa yang sama infaq ( bersedekah ) rezeki kita pada yang memerlukan.Satu hadith qudsi menyeru anak Adam supaya memberi dan bersedekah kerana , lebih banyak kita memberi,lebih banyak Allah memberi kepada kita.

Jibrail a.s. pernah berkata kepada Rasulullah sallallahu 'alayhi wa-sallam ; Walau bagaimana sekali pun kita hidup,kita akan mati.Walau cinta dan kasih pada seseorang sekali pun , akan berpisah juga akhirnya.Tapi bila bersedekah,kita akan bertemu semula dengan sedekah kita itu di akhirat kelak. Sedekah menghapuskan dosa sepertimana air memadamkan api yang bersemarak.

Sedekah yang kita beri/harta yang kita belanjakan di jalan Allah Azza Wa Jalla/perbelanjaan yang kita keluarkan untuk menolong orang yang susha - itulah harta kita yang sebenarnya dan bukan duit yang kita simpan dalam bank.Rasulullah sallallahu 'alayhi wa-sallam pernah bersabda yang orang yang cerdik ialah orang yang selalu ingat pada Allah Azza Wa Jalla dan bersedekah.


10) Ayat 40 - Allah Azza Wa Jalla tidak pernah menganiaya/menzalimi hamba-NYA walau sebesar zarrah sekalipun. Dan jika amalan hamba-NYA adalah seberat zarrah itu ,maka Allah Azza Wa Jalla akan gandakan amalan itu disisi-NYA.


11) Ayat 41 - Tiap2 umat mempunyai saksi.Saksi untuk umat Nabi Muhammad sallallahu 'alayhi wa-sallam ialah Nabi Muhammad sallallahu 'alayhi wa-sallam sendiri dan kita adalah saksi untuk umat2 lain.

Nabi Muhammad sallallahu 'alayhi wa-sallam pernah menyuruh sahabat baginda bacakan ayat ini pada baginda. Baginda menangis bila ayat ini dibaca. Baginda amat sayang kepada kita.Kalu kita sayang pada Rasulullah sallallahu 'alayhi wa-sallam , kita patut turut ajaran baginda.Apa baginda buat kita buat dan apa yang baginda tinggalkan , kita pun tinggalkan.


12) Ayat 42 - Pada hari yang mana Rasulullah sallallahu 'alayhi wa-sallam menjadi saksi nanti,orang2 kafir akan merasa malu pada Allah Azza Wa Jalla dan Rasulullah sallallahu 'alayhi wa-sallam.Mereka berkata alangkah baiknya jika mereka ditelan bumi atau jadi tanah kerana malu yang amat sangat. Ini kerana pada masa itu,segala dosa dan perbuatan mereka akan dikeluarkan dan tidak dapat disembunyikan lagi.


13) Ayat 43 - Islam or rather Al Qur'an diturunkan berperingkat /in stages.Semasa ayat ini diturunkan , orang Islam diperintahkan agar tidak mengerjakan solat jika mereka berada di dalam keadaan mabuk.Di dalam Surah Al Maidah - arak diharamkan terus.Kalu mengantuk sangat pun tidak boleh solat.Jika berada di dalam keadaan berjunub , dilarang masuk masjid juga hinggalah sudah bersuci.

Mazhab lain membolehkan suami mencium isteri (asal saja tidak ghairah ) dan kemudian mengerjakan solat.Mazhab Shafie melarang bersentuhan ,jika bersentuh ,kena ambil wudhu' semula.Sebagai orang Islam -lain kulit /lain bangsa /lain negara ,kita harus pelajari tentang Mazhab2 lain. Di Mekah ,imam tidak baca doa qunut semasa solat Subuh,tetapi di Malaysia ,kerana kita ikut Mazhab Shafie, kita baca doa qunut dan jika lupa baca doa qunut ,kita buat sujud sahwi. Itu tidak bermakna solat di Mekah tidak sah kerana tidak baca doa qunut.

Kalu tidak ada air, kita boleh tayammum dengan debu/pasir/pokok/tumbuh-tumbuhan.Tayammum dengan apa saja yang ada di muka bumi ini.Setengah Mazhab ( bukan Shafie ) membolehkan kita bertayammum dengan dinding.Begini ceritanya - katakan kita berada di hospital. Tengah malam terjaga lalu ingin solat malam.Tetapi tidak ada upaya untuk bangun ambil wudhu'. Lalu kita dibolehkan tayammum dengan dinding disebelah katil kita.Kita sapu kedua tapak tangan pada dinding dan sapu pada muka dan tangan. Ini adalah kerana dinding itu asalnya simen ,simen asalnya tanah - saidan toyyiba - Tayammum dengan apa saja yang ada di atas muka bumi ini.

Fatwa terkini dari Arab Saudi - jika kita tidak ada wudhu' dan berada dalam keadaan tidak suci kerana ada penyakit buang air kecil tidak lawas ( buang air kecil tapi masih tidak 100% sebab ada lagi menitis ) ,tetap kena solat. Kena sumbat lubang air kecil dan kerjakan solat.

The moral of the story - Kita sebenarnya tidak punya alasan untuk tidak bersolat.

Kelas akan disambung pada bulan depan .


It was God who made the hearts of the faithful serene,
so that their faith could grow stronger.
To God belong the armies of both the heavens and the earth.
God is wise, and knows all.

-Qur'an, Al-Fath, Surah 48:4


Establish worship at sunset until the darkness
of the night and recite the Qur'an at dawn,
for the recitation of the Qur'an at dawn
is witnessed by all that is holy.

-Qur'an, Al-Isra, Surah 17:78
Posted by Lynn Ross at 3:50 pm | 0 comments
Sunday, May 21, 2006
I woke up at 6.09am as usual. After performing the solat, I had a little sleep not as usual. Up to 8am, I started to get myself ready for an interview.

Sekitar jam 8.50am anaa berangkat ke TIMEdotCOM. Walk-in-interview. Tiba disana jam 9.30am. Ya ampunnn...ramai calonnya. Sewaktu lapor diri anaa orang yang ke 29. Setelah selesai isi borang, anaa dipanggil ke 5th floor. Sementara menunggu giliran, sempat bersembang sama calon yg lain disana. Ada satu kenalan tu, dah convo since 2002. Until now, masih tak punya kerja. Dalam hati anaa bersyukur. Anaa baru setahun tak berkerja. Ada orang lain lebih teruk dari anaa rupa2nya.

Agak lama menunggu giliran. Akhirnya anaa dipanggil utk sesi temuduga. Kalo tak silap masa itu jam 12t/hari. 1st stage interview sama org HR. Interviewer tu nampak cam OK aje. Lelaki. Mix ngan omputih kut. Agak friendly. Soalan demi soalan ditanya. Anaa jawab aja dengan selamber. Tp, harus banyak fikir sebelum menjawab. Dia puji anaa. Tu yang paling BEST skali. kekeke... And dia recommend anaa for the 2nd interview. Jadi dia minta anaa tunggu lagi skali.

Daripada jam 12.30 sehingga jam 4.15pm, baru anaa dipanggil utk 2nd interview. Imagine for how long I've been waiting there. Masa menunggu tu..anaa dok kacau kwn2 lain by SMS them. :)) Bila dah tiba giliran, interviewer ni chinese. Ya ALLAH... sabar aja la. Dia gaya malas nak layan/malas nak interview org. Anaa bengang jugak la. Terus tak de mood. Otak jadi lemah. Dengan tak makan apa2 dari pagi. Sampai apa dia tanya pun, anaa tak leh nak jawab dan apa yang anaa cakap pun dah tak betul. Tunggang terbalik. Tp, hentam dan still buat2 cool.

Tak apa la..anaa tawakkal aja. Dia akan inform anaa within 2 weeks. Ada...ada la..tak de.. tak de la. Coba pulak tempat lain.

Balik..drive..hurm..slow moving skit kat Sg. Besi Highway tu. Ada lori accident sendiri. Attidude malaysian drivers.. pantang ada benda yg pelik skit.. mesti sebok nk tgk. Jalan aja la. Kan dah nyusahkan orang lain. Semua org terpaksa slow. Hishhh..Lori tu pun tak de kene mengena dgn jln tu..di other side of the road. Apa la depa ni.. Ha!!! Lupa plak, dah la tadi parking kena RM14. Aduhh..

Anyway, tiba dirumah jam 5. Makan+mandi+solat..siap2 terus ke rumah Abg. Lang anaa. Jenguk2 jap sbb dia takde dirumah. Jam 6.30, tiba dirumah...relax jap. Lepas maghrib, anaa siap2 terus ke kedai makan..beli makanan sikit utk dinner. Azan isyak tiba dirumah, solat + dok depan pc..jap..pastu, jam 9.30pm makan malam. Jam 10.10pm anaa keluar lagi ke airport pulak. Jemput Abg Lang anaa sama isterinya yg baru pulang dari Bali(honeymoon). Ikut plan tiba jam 11pm. 10.50pm anaa dah sampe. Terpaksa la parking memana..tunggu. 11.30pm baru dia call dah tunggu kat ketibaan. Aduh...beg dia..banyak la pulak. Shopping sakan!

On the way home, anaa drive. Anaa drop brg2 kat rumah dia dulu then baru ke rumah org tuanya anaa. Tiba2 tgk jam sudah jam 2am. Ya ALLAH..patut la mengantuk amat.

Lepas dah gosok gigi..jam 2.30am baru leh lelapkan mata. Imagine dari pagi sampai ke awal pagi esoknya...tak berenti2 badan ni terus bergerak. Capek bangettttt!!!!!

Tapi Alhamdulillah..anaa still maintain bangun pagi as usual hari ini. Hehe :))

Sekian, wassalam.
Posted by Lynn Ross at 10:14 am | 0 comments
Wednesday, May 17, 2006
Masalah memilih bakal pasangan hidup, perlu diberi perhatian diawal perkenalan dengan pasangan masing masing. Islam sangat bersifat selektif. Sebab itu di syarakkan diadakan fitrah pertunangan supaya terdapat jangka masa yang cukup untuk mengenali pasangan. Mengenali pasangan bukanlah pada dasarnya keluar berjalan-jalan dating dan berborak tanpa batasan. Konsep lima `K' diperkenalkan oleh Rasulullah s.a.w. iaitu "Kenal", "Kelas", "Kufu", "Kasih" dan akhir sekali "kahwin".

KENAL
*****
Kita di suruh kenal/takruf pasangan terlebih dahulu bukanlah dalam istilah luaran @ fizikal semata mata. Erti kenal termasuk hati budi dan pegangan hidupnya. Untuk kenal orangnya, hati budinya, pergilah disuruh dan dicari orang yang boleh dipercayai agamanya merisik corak hidupnya dan perangainya.

Terdapat kisah seorang sahabat Nabi, Omar r.a. di mana beliau bertanya kepada seorang lelaki apabila melantik seorang saksi.

"Apakah kamu kenal lelaki ini?" tanya Omar "Ya, saya kenal," jawab lelaki tersebut.

Omar bertanya lagi... "Pernahkah kamu berjalan dengan saksi ini dalam musafir?" Lelaki itu menjawab tidak pernah,

Omar bertanya lagi "Pernahkah kamu bermuamalah supaya kamu tahu setakat mana waraknya dia? Pernahkah kamu menjadi jirannya supaya kamu tahu kemana perginya dan setakat mana pergaulan, siapa keluarga dan kawan - kawannya"

Itulah yang dinamakan takruf sebenarnya dalam Islam supaya kita dapat tahu apakah pasangan itu sesuai dengan kita atau sebaliknya. Risik merisik latarbelakang pasangan perlu dibuat untuk mengetahui sejauh manakah pergaulan dan kewarakannya.. Pada dasarnya, kita boleh kenal melalui dari corak kelakuan sahabat-sahabat yang akrab dengannya.... Adalah berdosa besar jika antara kedua-dua belah pihak BERBOHONG. Apabila sudah saling mengenali, TOLAK ANSUR dapat di buat dalam apa juga perkara.

KELAS
*****
Kita kenal tetapi kita kena bersifat pemilih supaya terjamin akhlak dan ugamanya. Kelas yang dimaksudkan bukan hanya merujuk kepada golongan yang berkelulusan agama, berjanggut dan berserban sahaja. Kelas yang baik adalah golongan yang mengamalkan ajaran agama kerana golongan ini akan menghormati pertalian perkahwinan. Mereka yang ada kefahaman dan penghayatan Islam akan memegang perkara asas dalam Islam , sentiasa 'alert', sanggup MENERIMA TEGURAN dan MEMBERI TEGURAN dan saling bersifat 'MEMBINA' untuk menjaga akhlak dalam Islam.

KUFU
*****
Kufu amat di beratkan, dari segi pendirian, pemahaman agama dan keturunan juga perlu di seimbang. Jika terdapat keturunan golongan atasan, wajar dia mencari keturunan yang sama supaya tidak wujud jurang yang dalam. Begitu juga daripada segi harta , ulama yang bernama Mawardi menjelaskan ia perlu di titikberatkan kerana seseorang yang datang dari keluarga miskin, susah untuk seiring dengan keturunan kaya.

Bahkan ulama yang ke belakang ini juga mementingkan tahap umur. Memang betul, soal jarak umur diantara Rasulullah 25 dan Siti Khadijah 40 tidak wujud kerana Rasulullah , Siti Khadijah dan AIsyah mempunyai akhlak yang sempurna. Dan tidak seperti kita yang serba cetek. Malah rupa dan fizikal wanita yang cepat rosak boleh di selaraskan kesesuaian dengan suaminya bila sudah lama berumahtangga.

KASIH
*****
Kasih bukan bermakna berkasih atau bercinta tetapi yang sebenarnya yang di tekankan ialah di antara kedua dua belah pihak lelaki dan wanita itu perlu wujud unsur unsur kasih sebelum berkahwin. Merujuk kepada sebuah hadis "Tidak ada yang lebih baik bagi kedua pasangan yang berkasih ini melainkan mengakhirinya dengan perkahwinan" Andaikata lelaki itu berkenan kepada seorang wanita, perlulah lihat wanita itu tersebut tetapi mengikut syariat Islam.

Rasulullah memberitahu:

"Pergi lihat dahulu wanita itu, kalau kalau dengan melihat itu boleh menjamin kasih sayang di antara kamu" Kalau kawan tolong canang kata begitu dan begini amat susah juga.. Sememangnya terdapat " Orang orang yang benar benar redha dengan pasangan yang di tentukan oleh Allah tetapi pokok pangkal banyak terletak pada HATI kaum lelaki"

Kalau tak berkenan, jangan di paksa paksa hati sebab ia bukan satu permainan pondok pondok. Kasih yang di pupuk biarlah kerana Allah kerana ia menjamin kebahagian rumahtangga.

Hadis Nabi ada menyatakan

"Barangsiapa yang berkawin dengan wanita kerana KEDUDUKAN ia hanya mendapat kehancuran sebagai balasan,

Barangsiapa yang berkawin dengan wanita kerana KEKAYAAN, Allah menjanjikan kemiskinan.

Barangsiapa yang menikahi kerana KETURUNAN, Allah akan menghina keturunanya.

Dan barang siapa yang berkawin dengan NIAT BAIK dan kerana ALLAH demi menutup pandangan dan kemaluannya atau menyambung silahturrahim, Allah akan memberkati kedua-duanya."

Keberkatan memang di titik beratkan. Apabila nawaitu / niat kita dipasakkan dengan betul. Insyallah perkahwinan akan di berkati dan dilindungi. Setiap gerak geri dan tindak tanduk mendapat pengawasan dan hidayah daripada Allah dan tidak timbul perselisihan faham.

REDHA
*****
Redha terhadap pasangan masing masing adalah penting. Rasulullah sering bertanya :-

"Apakah kamu redha dengan pasangan ini? Kita berkahwin dengan manusia yang mempunyai unsur-unsur kebaikan dan keburukan. Tidak ada manusia yang sempurna dan apabila kita REDHA dangan pasangan bermakna kita redha dengan KEKURANGAN mereka"

"Apa yang dikatakan baik bukan sekadar mengikut telunjuk isteri @ suami. Baik yang di maksudkan sanggup mengaku kekurangan diri dan mencari jalan mengatasinya"

Istilah kufu banyak di tekankan dalam Surah An Nur :ayat 26

"Seorang lelaki yang tidak baik itu sesuai dengan wanita yang tidak baik dan seorang lelaki yang baik itu adalah untuk wanita yang baik"

Istilah kufu sangat ditekankan kerana jika isteri di anggap kelas kedua, segala teguran daripada pasangan tidak boleh diterima.

Jika isteri mempunyai jawatan dan pangkat besar serta tidak ada kufu, dia tidak dapat menerima kepimpinan daripada suami. Tetapi kalau ada persamaan pendirian, sikap tolak ansur dapat diwujudkan. Sebaliknya perbezaan pendapat boleh menyebabkan hubungan semakin renggang.

Misalnya seorang suami yang rapuh pegangan agama tidak mahu memantapkannya selepas berkahwin, Sikap kurang mahu ini akan menjadi tolak bengit sekiranya pula si isteri sememangnya seorang yang suka menghayati Islam dan cuba memantapkannya dari masa ke semasa ....Begitu juga sebaliknya masalah berlaku

Kata sebahagian lelaki, dah dapat perempuan yang berkenan di hati nanti "AKU UBAHLAH PERANGAINYA". Tetapi anda perlu ingat, bukan semua perempuan mempunyai hati yang lembut dan mudah di bentuk.

Keimanan dan kekuatan sikap merealisasikan Islam perlu ada pada lelaki. Perempuan yang beriman mesti mencari lelaki yang lebih kuat imannya daripadanya kerana lelakilah yang menjadi ketua keluarga....

"Seorang sahabat , Marsat Bin Abu Marsar Al Ghanawi, seorang pemuda turut berhijrah dari Mekah ke Madinah bersama Rasulullah saw. Suatu hari Baginda Rasulullah menghantar beliau balik ke Mekah untuk membuat rundingan dengan orang Quraisy, tentang pembebasan beberapa orang Islam yang di tawan.

Sewaktu balik, Marsat bertemu kekasih lamanya, Inaq, seorang wanita yang sangat cantik dan menjadi rebutan. Inaq berjumpa Marsat dan duduk berdua duaan kerana kedua duanya sudah lama tidak bertemu. Marsat menolak dengan alasan dia kini berugama Islam sedangkan Inaq masih kafir dan ia membataskan hubungan.

Marsat menyuruh Inaq bersabar dan akan bertanya perihal itu kepada Rasulullah jika diizinkan oleh baginda untuk berbuat demikian. Mendengar kata kata Marsat ini, Inaq terlalu marah sedangkan selama ini dia menjadi rebutan ramai lelaki. Akibat terlampau sakit hati, Inaq telah mengupah kaki pukul Quraisy menyekat Marsat dan membelasahnya dengan teruk.. Tetapi kerana cintanya yang mendalam kepada Inaq, beliau bertanya kepada Rasulullah samada beliau boleh berkahwin dengan Inaq.

Maka turunlah Suruah Al Baqarah:

"Janganlah kamu berkahwin dengan orang musyrik, kerana sesungguhnya berkawin dengan hamba mukmin itu lebih baik daripada seorang musyrik walaupun cantik..."

wassalam
Posted by Lynn Ross at 7:43 am | 0 comments
Renungan seketika....fahamilah..

1. Jangan tertarik kepada seseorang karena parasnya sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya karena kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, karena hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah. Semoga kamu menemukan orang seperti itu.

2. Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan pergilah ketempat-tempat kamu ingin pergi. Jadilah seperti yang kamu inginkan, karena kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan.

3. Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi seringkali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita.

4. Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun diberanda bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah katapun , dan kemudian kamu meninggalkannya dengan perasaan telah bercakap-cakap lama dengannya.

5. Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahwa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya.

6. Pandanglah segala sesuatu dari kacamata orang lain. Apabila hal itu menyakitkan hatimu, sangat mungkin hal itu menyakitkan hari orang lain pula.

7. Awal dari cinta adalah membiarkan orang yang kita cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kita inginkan. Jika tidak, kita hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kita temukan di dalam dia.

8. Orang-orang yang paling berbahagiapun tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.

9. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dengan beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterimakasih atas karunia itu.

10. Hanya diperlukan waktu seminit untuk menaksir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang, tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang.

11. Kebahagiaan tersedia bagi mereka yang menangis, mereka yang disakiti hatinya, mereka yang mencari dan mereka yang mencoba. Karena hanya mereka itulah yang menghargai pentingnya orang-orang yang pernah hadir dalam hidup mereka.

12. Cinta datang kepada mereka yang masih berharap sekalipun pernah dikecewakan, kepada mereka yang masih percaya sekalipun pernah dikhianati, kepada mereka yang masih mencintai sekalipun pernah disakiti hatinya.

13. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan tidak pernah memiliki keberanian untuk mengutarakan cintamu kepadanya.

14. Jangan pernah mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencoba, jangan pernah menyerah jika kamu masih merasa sanggup, jangan pernah mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

15. Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan membalas cintamu. Jangan mengharapkan balasan cinta, tunggulah sampai cinta berkembang di hatinya, tetapi jika tidak, berbahagialah karena cinta tumbuh di hatimu.

23. Ada hal-hal yang sangat ingin kamu dengar tetapi tidak akan pernah kamu dengar dari orang yang kamu harapkan untuk mengatakannya. Namun demikian, janganlah menulikan telinga untuk mendengar dari orang yang
mengatakannya dengan sepenuh hati.

24. Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang disekelilingmu tersenyum. Jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan orang-orang di sekelilingmu menangis.


Ingatlah,kita yang harus mengawal hawa nafsu bukannya nafsu yang mengawal diri kita.INGAT!!!KEANGKUHAN HAWA NAFSU TIADA TOLOK BANDINGNYA
Posted by Lynn Ross at 7:37 am | 0 comments
Sunday, May 14, 2006
Assalamualaikum,

Alhamdulillah...komputer sudah diperbaiki.:))
Terasa hidup kurang lengkap without my PC. Kenapa pun tak tau. hehe..

Power supply prob! Jadi kelmarin cari dikedai..beli baru. Ahhh...puas dapat guna PC as usual. :)

So, I'm back! Woohhoooo...!!!

Wassalam
Posted by Lynn Ross at 8:51 am | 0 comments
Wednesday, May 10, 2006


disini kau dan aku
terbiasa bersama
menjalani kasih sayang
bahagia kudenganmu

pernahkah kau menguntai
hari paling indah
ku ukir nama kita berdua
disini surga kita

bilakah kita mencintai yg lain
mungkin kah hati ini akan tegar
sebisa mungkin tak akan pernah
sayang ku akan hilang

if u love somebody
could we be this strong
i will fight to win
our love will conquer all
wouldn’t reach my love
even just one night
our love will stay in my heart
my heart

pernahkah kau menguntai
hari paling indah
ku ukir nama kita berdua
disini surga kita

bilakah kita mencintai yg lain
mungkin kah hati ini akan tegar
sebisa mungkin tak akan pernah
sayang ku akan hilang

bilakah kita mencintai yg lain
mungkin kah hati ini akan tegar
sebisa mungkin tak akan pernah
sayang ku akan hilang
Posted by Lynn Ross at 10:29 pm | 0 comments
http://www.gemintang.com/lovemeter/?o=7272428

Try first, it might be true... Good Luck!

Cuba dulu, mungkin betul... Selamat Berjaya!

Coba aja, siapa tau tepat... Semoga Sukses!

=))
Posted by Lynn Ross at 11:58 am | 0 comments
A student ask a teacher, "what is love?"

The teacher said, "in order to answer your question, go to the padi field and choose the biggest padi and come back. But the rule is: you can go through them only once and cannot turn back to pick."

The student went to the field, go thru first row, he saw one big padi,but he wonders....may be there is a bigger one later. Then he saw another bigger one... but may be there is a even bigger one waiting for him.

Later, when he finished more than half of the padi field, he start to realise that the padi is not as big as the previous one he saw, he know he has missed the biggest one, and he regreted !!!! So, he ended up went back to the teacher with empty hand.

The teacher told him, "...this is love... you keep looking for a better one, but when later you realise, you have already miss the person...."

"What is marriage then?" the student asked.

The teacher said, "in order to answer your question, go to the corn field and choose the biggest corn and come back. But the rule is: you can go through them only once and cannot turn back to pick." The student went to the corn field, this time he is careful not to repeat the previous mistake, when he reach the middle of the field, he has picked one medium corn that he feel satisfy, and come back to the teacher.

The teacher told him, "this time you bring back a corn.... you look for one that is just nice, and you have faith and believe this is the best one you get.... this is marriage."
Posted by Lynn Ross at 11:41 am | 0 comments
Kepada sesiapa pengen dengerin net radio lagu2 ngetop Indonesia..tune in ajah di http://loudcity.com/station/407.aspx

Kalo masih gak bisa ya please go this website www.indosound.com

Websitenya kerennn bangett!! Coba ajah....!!!!! Gratis donk!!!
Posted by Lynn Ross at 9:41 am | 0 comments
Salam & Morning Everyone!!!

Udah lama tidak update blog..
Tidak bererti sibuk..
Tidak bererti malas...
Tidak bererti internet down..
Tidak bererti lupa...
Tidak bererti tidak punya mood..

CUMA TIDAK PUNYA IDEA!!!! =))

Hehehe...nak cerita apa pun tak tau..sbb, tak de idea sgt lately. Pikiran mmg mcm2 tapi, masih tak boleh hasilkan apa2.

Huh! ;P
Posted by Lynn Ross at 9:34 am | 0 comments
Thursday, May 04, 2006
This is a good one...!!!

Assalammualaikum…..

Saya merasa terpanggil untuk memberi serba sedikitpandangan atau pendapat di dalam ruang ini,memandangkan terlalu ramai yang telah memberi hujah mengenai bab poligami ini. Ada diantaranya yangsanggup memberi hujah tanpa disedari hujahnya ituterlalu mengikut kata nafsunya sendiri dan bukan mengikut kata syariat lagi. Hujah-hujah yang mengikutkata nafsu yang tidak dipimpin oleh iman ini, tanpadisedari atau tidak, dia boleh termasuk antara golongan orang-orang yang menentang hukum atauketentuan Allah swt.

Ingat, setiap apa perbuatan kita baik lahir dari hati,percakapan atau penulisan kita, semuanya nanti akanAllah swt. hisab di akhirat. Semua lakonan kita di dunia ini nanti akan Allah swt pertontonkan semula.Apakah kita sanggup nanti dicampak ke dalam nerakaakibat kelemahan nafsu kita yang tidak setuju dengan poligami ini?

Soal poligami adalah soal yang sensitif pada golongankaum wanita umumnya. bermacam-macam hujah dikeluarkanoleh meraka yang tidak bersetuju dengan poligami ini,kalau nafsunya tidak ditunduk atau dipimpin olehkesedaran iman.

InsyaAllah, moga-moga Allah izinkan saya menjawabbeberapa soalan atau hujah-hujah kaum wanita yangtidak berapa setuju dengan poligami ini. Untuk memudah pemahaman ini saya akan membuat beberapa soalankembali dari kebanyakan wanita yang telah bersuamiyang meminta pandangan dari saya sebelum ini.

Soalan: Kenapa kebanyakan lelaki suka berkahwin lebihdari satu?

Jawapan: Itukan bagus? Para isteri berpeluangmenghadiahkan kepada suami mereka sesuatu yang palingberharga.

Soalan: Tidak mungkin begitu. Sanggupkah seoranglelaki menghadiahkan kepada isterinya seorang lelakilain sebagai suami kedua?

Jawapan: Itu tidak mungkin, sebab syariat tidakmembenarkan. Sebaliknya syariat membenarkan seoranglelaki berkahwin lebih dari satu.

Soalan: Kenapa begitu? Bukankah dari segi perasaanlelaki dan wanita sama sahaja. Kalau seorang lelakitidak rela isterinya menduakannya, maka wanita juga
tidak rela suaminya menduakannya. Apa syariat tidakmenimbangkan soal ini?

Jawapan: Ya, di segi perasaan lelaki dan wanita adalahserupa tetapi tidak serupa kemampuan dantanggungjawab. Oleh itu tidak semua perkara yang dibolehkan pada lelaki, boleh juga pada wanita.Contohnya tentang poligami, perempuan tidak dibolehkankerana seandainya dia mengandung, anak itu hendak dibinkan suami yang mana? Kesan dari itu macam-macamrisiko yang terpaksa ditanggung oleh anak itu, ibuayah, datuk nenek dan saudara mara yang terlibat.Kepada siapa pula anak itu dipertanggungjawabkan?

Hal ini tidak berlaku kalau lelaki yang berpoligami.Anak-anak yang lahir dari isteri-isterinya semuanyaadalah tanggungjawab suami. Kalau isterinya empat orang, anaknya pula 30 orang, maka semuanya mestidibiayai oleh suami tersebut. Itu merupakan salah satusebab kenapa poligami tidak dibenarkan pada perempuan.tetapi lelaki dibolehkan dengan syarat diabertanggungjawab melindungi dan menanggungi semua yangterlibat. Itulah keadilan syariat.

Jika wanita terpaksa berdepan dengan kesusahan keranapoligami, lelaki pula begitu juga. Wanita susahperasaannya, lelaki susah tanggungjawapnya.

Soalan: Seandainya saya jadi suami, saya rasa tidaktergamak hendak menduakan isteri. Tetapi kenapa diasampai hati untuk berbuat begitu?

Jawapan: Saudari tidak boleh menyamakan jiwa lelakidengan jiwa wanita. Jauh bezanya watak hati antara duamakhluk yang berlainan jenis itu. Syariat membenarkanpoligami kerana lelaki mempunyai jiwa dan fizikal yanglayak untuk itu, untuk tujuan-tujuan yang besar pula.Tetapi perempuan tidak dijadikan untuk tugas ini.

Antara kepentingan poligami ialah:
1. Meramaikan zuriat.
2. Membela yang janda, andartu dan lebihan wanita.
3. Menyelesaikan masalah suami sewaktu isterinyamengandung, bersalin dan lain-lain keuzuran.

Soalan: Bukankah ikatan suami-isteri diasaskan atasfaktor itu?

Jawapan: Ya, tetapi bukan semata-mata itu. Saudariperlu imbangkan kehendak-kehendak nafsu ini dengankemahuan-kemahuan akal fikiran, jiwa sertakeperluan-keperluan kemanusiaan orang-orang selainsaudari.

Soalan: Apa maksud saudara?

Jawapan: Akal saudari tentu bersetuju dengankepentingan-kepentingan atau faedah-faedah poligami.Hati saudari pasti bersempati dengan kaum sejenis yang tidak ada suami atau wanita tersebut belum berkahwinlagi. Betapa orang lain selain saudari mengharapkanagar saudari merelakan suami saudari berkahwin lagi.Bahkan saudari sendiri sepatutnya merasa terhutangbudi kepada suami saudari kerana mengahwini sertamelindungi dan menyediakan rumah dan keperluan saudari. Atas pengorbanannya itu adalah tidak wajarseandainya saudari tidak membenarkan permintaannyauntuk berkahwin lagi.

Soalan: Saya tetap merasakan bahawa setiap wanitatidak bersetuju dengan poligami. Kami hilang bahagiakerana poligami.

Jawapan: Manusia hilang bahagia bukan kerana poligami.Berapa ramai orang yang tidak terlibat dengan poligamipun “frust” selalu, yang ramai bunuh diri itu, bukansebab poligami, tetapi tak lain tak bukan kerana imanlemah.

Siapa juga yang tidak kuat iman, akan hilang bahagiadengan segala bentuk ujian. Ujian tidak lulus periksa,tunang diambil orang, kematian orang yang dikasihi,suami berkahwin lagi dan lain-lain.

Soalan: Saudara menganggap saya tidak beriman?

Jawapan: bukan begitu. Bukti iman seseorang ialah diaredha dengan takdir yang Allah tentukan padanya. Diatidak keluh kesah. Tidak menderita. Iman membuatkan seseorang boleh tenang dalam ujian. tenang walaupunsuaminya berkahwin lagi.

Soalan: Saudara menyuruh saya melawan fitrahkewanitaan saya, sedangkan kehendak fitrah adalahsuatu tuntutan yang murni, yang patut dibenarkan?

Jawapan: Menderita kerana suami berkahwin lagi bukanrasa fitrah. Itu adalah nafsu, sebab poligami bukanmengambil seluruh keperluan-keperluan batiniah wanita(ertinya tidak menafikan keperluan fitrah). Ia hanyameminta wanita mengorbankan sebahagian kenikmatan ituuntuk kaum sejenisnya yang juga memerlukan nikmat itu.

Soalan: Tapi perasaan ini sangat menguasai saya,menentukan tenang tidaknya hidup saya?

Jawapan: Memang nafsu itu boleh membuatkan seseorangmasuk neraka dunia dan akhirat. Bukankah Allah danRasul telah memberitahu tentang ini.

“Sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak kepadakejahatan.”

Sabda Rasul lagi ertinya,

“Sejahat-jahat musuh engkau ialah nafsu engkau yangterletak antara dua lambung engkau.”Barangsiapa yang mengikut kata nafsu hingga lupakanAllah, maka lihatlah apa akibatnya. Allah berfirman:

“Barang siapa berpaling daripada mengingati aku makabaginya ialah kehidupan yang sempit.”

Soalan: Bagaimana saya boleh melepaskan diri daribelenggu nafsu ini?

Jawapan: Nafsu hanya boleh ditunduk dengan api neraka.Maksudnya sewaktu nafsu memujuk kita agar berlakuengkar dengan Allah, maka kita katakan padanya, “Wahai nafsu, kata-kata engkau ini boleh menyelamatkan aku,tetapi akan membawa aku ke neraka.janganlah engkau hendak memperdayakan aku.” Saudari percaya padaneraka?

Percaya, tapi tidak begitu memikirkannya.

Jawapan: Kerana hati dan fikiran kita sentiasamemikirkan hal-hal keduniaan. Itulah dia nafsu. Diatelah berjaya menguasai sepenuhnya lahir batinsaudari, sedangkan wanita beriman, hati dan fikirannyabanyak memikirkan nasibnya di akhirat.

Soalan: Apa faedahnya kita memikirkan sangat tentang akhirat?

Jawapan: Supaya kita dapat berkorban sebanyak mungkindi dunia ini, untuk mendapat sebanyak-banyaknyakeuntungan di akhirat. Contohnya saudari dapat korbankan harta benda di jalan Allah agar ianyamenjadi simpanan di akhirat, sedangkan wang itu jikatidak dikorbankan ia akan habis di dunia sahaja.Begitu juga saudari dapat berkorban untuk suami dengan membenarkan dia berkahwin, demi merebut janji Allah diakhirat. Walhal jika saudari “control” dia, dia pastiakan mati juga dan saudari tidak mendapat apa-apa diakhirat. Mengapa saudari mesti melepaskan peluang ini?Tetapi pengorbanan ini rasanya terlalu berat untuksaya.

Jawapan: Kerana saudari tidak nampak (dengan hati)syurga di akhirat. Kalaulah saudari melihat syurga maka harga suami ataupun dunia ini keseluruhannya sudah menjadi kecil sekali. Dan saudari tidak merasaberat lagi untuk berkorban. Saudari pernah belajar diuniversiti?

Pernah

Jawapan: Mudahkah untuk memasuki universiti dan untuklulus di universiti? Tidak bukan? Saudari terpaksaberkorban bertahun-tahun tanpa rehat, tanpa berhibur,kurang tidur, berjaga malam dan kurang makan. Masapenuh dengan berfikir, mengkaji, menghafal, merujuk,menulis, membaca, mengira dan bermacam-macam lagi.Semua kesusahan itu saudari menanggungnya dengan rela,demi mengharapkan kejayaan. Dari kejayaan itu Saudari mengharapkan syurga dunia. Syurga sementara. Syurga

Begitulah juga dengan orang lain, bersusah-susah dalamhidupnya demi mendapatkan kemewahan duniawi. Nelayanrela mengharungi laut untuk hidup. Sekarang cuba saudari paksa diri untuk menanggung beban kesusahanduniawi demi untuk mendapatkan syurga akhirat yangkekal abadi. Kalau betul saudari beriman dengannya.

Hanya setakat ini dahulu, semoga pandangan ataupendapat saya ini dapat membetulkan beberapa kesilapanyang selama ini kurang disedari oleh pihak-pihak yangmemandang soal poligami terlalu negative atausebagainya. Moga-moga pandangan atau pendapat saya inimenambah pemahaman dan ilmu anda semua dan anggaplahyang benar itu datangnya dari Allah swt dansama-samalah kita menerimanya dan yang tidak benar ituanggaplah ianya dari kelemahan saya sendiri danselepas ini jangan anda lupa membaca bab PoligamiAdakah Cinta Nafsu.
Posted by Lynn Ross at 10:31 am | 0 comments
Wednesday, May 03, 2006
Hurmm...don't know why...

I feel OFF for a while...OFF for everything. But, not all the time.
Is it because of FED? Kalo nk kata sebab FED, dh lama rasanya. Cuma DOWN skit agaknya. Maklumlah, lama sangat mencari kerja...tp, masih tak dpt2..dan tak nampak2 lowongan nya...

Macam kena buat sesuatu..tp, apa dia...hurm...mungkin dh ada idea..tp, masih tak dpt nak bergerak..kena HOLD dulu....! Masih menunggu ni...bila la waktu nya nk sampai..

Kena banyak bersabar...kalo bole nk cepat2 ...hehehe..alangkah bagusnya...:))
tp, kenapa manusia ni fikir nak bersuka2 aje...isk...tak fikir yg lain ke..??
Rasa cam ada terfikir juga...tp, yang bersuka2 tu tlh mendahului yg lain2..hehehe..

OK..dah habih merapu...hahaha.. =))
Posted by Lynn Ross at 5:24 pm | 0 comments