Wednesday, November 23, 2005
Sadaqah Jariah salah satu dari nya mudah dilakukan, pahalanya? MasyaAllah....macam meter taxi...jalan terus. Sadaqah Jariah - Kebajikan yang tak berakhir.
  1. Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca, Anda mendapatkan hasanah.
  2. Sumbangkan kursi roda ke RS dan setiap orang sakit menggunakannya, Anda dapat hasanah
  3. bagi bacaan yang membangun dengan seseorang.
  4. Bantu pendidikan seorang anak.
  5. Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, Anda dapat hasanah.
  6. Bagi CD Quran atau Do'a.
  7. Terlibat dalam pembangunan sebuah mesjid.
  8. Tempatkan pendingin air di tempat umum.
  9. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung dibawahnya, Anda dapat hasanah.
  10. Sebarkanlah pada orang lain. Jika seseorang menjalankan salah satu dari hal diatas, Anda dapat hasanah sampai hari Qiamat.

aminnnnnn...

Posted by Lynn Ross at 3:38 pm | 0 comments
Sunday, November 20, 2005
Foohhh....tak dapat nk cite lah...betapa best nye gi tgk A1. CARS.....I LOVE CARS SO MUCH!!! Tapi, I'm not into F1 racing car...x minat. Bila dah dpt tgk A1...now I know...I can feel the heat! Ewaahhh....hhihi. Pegi sana ber-4. My two brothers and a cousin. We've got the tickets for free..coz, my other cousin working for A1 Co. Hehehe..so lucky! Kami duduk berhadapan ngan workshop team Malaysia.
Sampai sana...dah ada race start...tp, just race heat (10 laps). Masuk aje entrance gate...dah x sabar2 dah ni....nak2 pulak dgr bunyi kete tgh race...perrghhhh....excited lah! Bila dah sampai kat grandstand nye area...baru lah tau...betapa kuatnye bunyi kete2 yg berlumba tu..hihihi..ambik! tadi x sabar sgt..hehehe..

-left to right: me, my cousin-ayie & my abg ngah.


Sempat anaa tgk Celebrity Run (10 laps). Semua bwk Satria R3. Habih aje 10 laps tu..masa yg ditunggu2 telah tiba..Sprint Race (Rolling Start). Kuar aje kete team Malaysia..semua bersorak. Tanda sokongan lah tu.. Sebelum race start, we've been forced to wear the free yellow t-shirt to show we are supporters for Malaysian team. Cam gambo kat atas tu....! Hihihi..

Bila start aje race tu...aaaarrr...kuatnye bunyi kete-kete tu....sakit telinga. Bingit giler laaa. Everytime the car pass by in-front of us...perghhh...anaa akan tutup telinga. Kadang2 tahankan jugak la. Hehehe...tp, mmg best! And everytime the car pass by we will shout and give the applause. The first driver is Fairuz Fauzy. He's doing fine la. 8th place for the Sprint Race.

Then, while waiting for the next race, me and my abg lang gi cari ear plug. But, too bad, the ear plug dah habih!!! After a while, the Main Race (Standing Start) started. Hurm..

Bile tgk everyone sokong2, jerit2, applause, angkat bendera M'sia..anaa rasa happy sangat. Nak2 bila the car pass by...semua teriak sakan....tiba2 rasa bangga jap jadi anak M'sia. Hehehe..imagine, masa F1...Alex Yoong ranking nombor berapa? Tak yah cakap la...

At this race, we finish at 5th place. Hebat kan? Overall M'sian team no. 6. I'm kinda salute to M'sian team la. hihihi...=) Masa final lap tu..kami cepat2 gerak kuar sbb tak nak rempuh org ramai. Sebenornye, x de la ramai mana org. hehehe..Dlm. kuar awal tu pun, kete kami dah kene block! Nasib baik tak lama lepas tu, ada satu kete dah move out..then baru kami bleh kuar. Hurm..sabar aje la. So far, the weather was so nice. Tak panas sangat, and hujan pun x jadi nk turun. Cuma renyai skit during the last two laps.

Walau apa pun, this experience I will never forget! Hehehe...best...best!! =)

p/s: Mr. Jozz, thanx for remind me about the food. But, you forgot to remind me about the noise! =p
Posted by Lynn Ross at 11:00 pm | 2 comments


p/s: I'm still looking for a new pics of Nabawi Mosque.

Posted by Lynn Ross at 2:00 am | 0 comments
Friday, November 18, 2005
O Allah the Almighty
Protect me and guide me
To your love and mercy
Ya Allah don’t deprive me
From beholding your beauty
O my Lord accept this plea

Hasbi rabbi jallallah
Ma fi qalbi ghayrullah
My Lord is enough for me, Glory be to Allah
There is nothing in my heart except Allah

Hindi:
Wo tanha kaun hai
Badshah wo kaun hai
Meherba wo kaun hai
Who is the only One?
Who is the King?
Who is the Merciful?

Kya unchi shan hai
Uskey sab nishan hai
Sab dilon ki jan hai
Who is the most praised and benevolent?
Whatever you see in this world is His sign
He’s the love of every soul

Turkish:
Affeder gunahi
Alemin padisahi
Yureklerin penahi
He is the Forgiver of all sins
He is the King of the universe
He is the Refuge of all hearts

Isit Allah derdimi, bu ahlarimi
Rahmeyle, bagisla gunahlarimi
Hayreyle hem aksam hem sabahlarimi
O Allah hear my sorrows and my sighs
Have mercy and pardon my sins
Bless my night and days

Arabic:
Ya rabbal ‘alamin
Salli ‘ala Tahal amin
Fi kulli waqtin wa hin
O Lord of the worlds
Send peace and blessings
On Ta-ha the trustworthy
In every time and at every instant

Imla’ qalbi bil yaqin
Thabbitni ‘ala hadhad din
Waghfir li wal muslimin
Fill my heart with conviction
Make me steadfast on this Religion
And forgive me and all the believers
Posted by Lynn Ross at 11:04 pm | 0 comments
Blessed is your face
Blessed is your name
My beloved
Blessed is your smile
Which makes my soul want to fly
My beloved
All the nights
And all the times
That you cared for me
But I never realised it
And now it’s too late
Forgive me

Now I’m alone filled with so much shame
For all the years I caused you pain
If only I could sleep in your arms again
Mother I’m lost without you

You were the sun that brightened my day
Now who’s going to wipe my tears away
If only I knew what I know today
Mother I’m lost without you

Turkish:
Ben derdimi kime söyleyeyim
Sensiz ana
Senin kadrini hic bilemedim ben
Aziz ana

Resul buyurdu;
Cennet analarin ayaklari altinda
Senin hayalin aklimda,
ruhumda, ruyalarimda

Sen gittiginde canim gitti,
Ayrilik bir yaman dertti,
Dunya bana cefa etti,
Benim aziz anam

Aglarim ben bulut gibi,
Dilimdesin sarki gibi,
Gunahlarim derin derin
Hakkini helal et ana

To whom will I tell my sorrow
in your absence, mother?
I didn’t know your real value, my beloved mother

The Messenger (pbuh) said
“Paradise is under the mothers’ feet”
Your image is in my heart, my soul, and my dreams

When you left, my soul left
Our separation was painful
The world gave me pain
and sorrow my beloved mother

I cry like a cloud
You are like a song on my tongue
I’ve wronged you countless times
Forgive me mother
Posted by Lynn Ross at 10:21 pm | 0 comments
Friday, November 11, 2005
Alhamdulillah...hari ni last day anaa berpuasa utk bulan Syawal ni. Ermm..mmg menguji dan kena banyak bersabar. Bila dah habih puasa sunat ni, barulah thrill nak beraya. Hihihi... Sebenarnya, tak de pun. Bese aje! ;)

Walaumacamana pun, anaa happy sesangat sbb dah selesai puasa enam hari.

Skarang masa untuk mencari kerja pulak. Pada sesiapa yg terbaca blog anaa ni...minta jasa baik doakan agar anaa mendapat kerja yg sesuai dalam masa terdekat ni. Ameen.

Hingga di lain kali, di lain waktu...wassalam.
Posted by Lynn Ross at 11:12 pm | 0 comments
Thursday, November 10, 2005
Pemakanan yg melampau tidak disuka oleh syarak kerana ia boleh menimbulkan pelbagai kesan syahwat yang negatif. Sifat tersebut melahirkan syahwat jimak. Bertambahnya syahwat jimak dan syahwat makan menimbulkan pula syahwat untuk memiliki harta yang seterusnya menjadi punca kepada syahwat kemegahan dan keangkuhan.

Berkata Sayidatina Aisyah ra:

"Bid'ah yg mula dilakukan selepas kewafatan Nabi saw ialah makan dgn sekenyang-kenyangnya kerana sesuatu kaum yg sentiasa kenyang, maka nafsunya akan mengarah kepada kehendak dunia."

Rasulullah saw bersabda yg bermaksud:

"Malaikat langit tidak mendekati mereka yg perutnya penuh makanan."

Sabda baginda lagi yg bermaksud:

"Sesungguhnya syaitan menyusup masuk ke dalam badan anak Adam dengan melalui saluran darah, maka hendaklah kamu sempitkannya dengan berlapar & berdahaga."

Sabdanya lagi bermaksud:

"Sentiasalah ketuk pintu syurga nescaya dibukakan kepada kamu. Aisyah R.A bertanya bagaimana kami sentiasa mengetuknya? Jawab baginda: Sentiasalah berlapar & berdahaga."

Menurut ulama sufi antara beberapa kebaikan berlapar termasuklah:
  1. Bersih hati dan tajam pandangan hati.
  2. Hati nurani dapat merasai nikmat bermunajat dan zikir kepada Allah serta kesan terhadap ibadat.
  3. Menimbulkan rasa hina diri terhadap Allah serta jauh diri daripada persaan marah, ganas dan derhaka.
  4. Ringan badan untuk beribadat termasuk bertahajjud ditengah malam.

Di petik dari buku :Kehidupan Hati Untuk Sampai kepada Tuhan yang Dikasihi"

Posted by Lynn Ross at 11:31 pm | 0 comments
Wednesday, November 09, 2005
AsSalamu'alaykum,

Dah lama benor tak menaip dlm blog nih. Malam ni anaa cuba nak type apa2 yg terlintas di fikiran atau hati anaa ni.

So far, anaa sambut Syawal di rumah awal pagi. Tengahari anaa sekeluarga ke Port Dickson. Holiday-Raya! Kami nak rehat2kan diri ;). Lagipun, 'wan' anaa beraya di Melaka, holiday jugak. Nak harap saudara yg lain ntah mana la depa raya. Anaa ada di PD sampai raya ke-3. Awal pagi kami dah bertolak semula ke KL. Hurm...dalam pukul 10 am kami dah sampai rumah. Petang lepas Asar kami ke rumah 'wan' anaa di Keramat. Beraya! =)

Mmg raya tahun ni, saudara mara anaa tak berapa ramai nak beraya. Entah mana pegi semua orang anaa pun tak tau. Mungkin depa dtg rumah kami semasa kami di PD. Tak per la...

Whatever it is, anaa happy holiday di PD! I end it here...coz anaa dah boring. Hihihi..sendiri pun leh boring ngan diri sendiri.
Posted by Lynn Ross at 10:14 pm | 0 comments
Tuesday, November 08, 2005

Posted by Lynn Ross at 9:44 pm | 0 comments
Friday, November 04, 2005
Assalamualaikum WBT.

Semasa hayat Hasan al-Banna, beliau pernah berhadapan dengan suatu peristiwa yang berlaku di bulan Ramadhan. Ahli Jemaah di sebuah masjid bertelagah soal rakaat Solat Tarawih, sama ada patut dibuat lapan atau dua puluh rakaat. Suasana begitu tegang sehingga timbul bahasa-bahasa yang keras.

Akhirnya, apabila Hasan al-Banna muncul, beliau ditanya oleh mereka yang bertelagah itu, mana satukah pendapat yang betul dalam hal ini?

Kata Hasan al-Banna, "apakah hukum solat tarawih dan apakah pula hukum menjaga kesatuan umat Islam?" Kata mereka, solat tarawih itu sunat, manakala menjaga kesatuan umat islam adalah wajib.

Lantas Hasan al-Banna menjawab, "apakah kamu mahu mengorbankan kesatuan umat islam yang wajib itu hanya kerana soal solat terawih yang sunat?! Bagi yang mahu menunaikan lapan, tunaikan lapan, bagi yang mahukan 20, bebas juga berbuat demikian".

Inilah yang saya maksudkan sebagai Jiwa Da'ie Otak Fiqh. Bagi kita yang berperanan sebagai Da'ie, perlu sentiasa ingat bahawa tugas kita adalah untuk mengumpulkan manusia seramai mungkin di bawah panji Islam. Untuk itu kita perlu mengamalkan suatu akhlak yang diajar oleh Nabi SAW untuk para Da'ie. Akhlak itu terpampang di dalam pelbagai peristiwa di zaman Nabi SAW dan hari ini, ia boleh disebut sebagai akhlak "Seek to Understand, Then to be Understood".

Kita perlu belajar untuk memahami mad'u yang diseru dan bukannya siang malam pagi petang berleter marahkan orang ramai yang tidak faham-faham akan mesej Islam yang kita cuba bawa. Dalam isu Hasan al-Banna di atas, jiwanya sebagai seorang Da'ie tidak melihat perbalahan soal afdhaliyyah Solat Terawih sebagai soal hukum atau masalah nas. Masalah yang berlaku di masjid berkenaan adalah masalah SIKAP dan CARA BERFIKIR. Ini bukannya masalah yang boleh diselesaikan dengan melambakkan sebanyak mungkin nas al-Quran dan Hadith kerana dengan cara berfikir yang salah, tiada siapa yang mampu menghargai nas al-Quran dan Hadith.

Inilah yang banyak berlaku di dalam masyarakat kita dan saya tidak menyalahkan orang ramai seandainya mereka 'bosan' dengan pendekatan para ustaz yang asyik menyelesaikan masalah dengan pendekatan 'hukumnya ialah..."

Seorang Daie yang berjiwa Daie akan belajar untuk memahami mad'u yang diseru, sebelum dia boleh meletakkan harapan agar mad'unya memahami dakwah yang dia bawa. Mari kita semua bertafakur di KLCC Suria or One Utama Shopping Complex selama 30 minit dan ukurlah berapa jarak manusia di situ dengan mimbar-mimbar masjid dan 'usrah' kita. Pernahkah kita menilai sudah berapa jauhkah masyarakat kita berubah dan sudah berapa jauhkan kita mengubah pendekatan dakwah kita untuk mengejar perubahan masyarakat?

Saya selalu terkenang dialog saya dengan seorang anak gadis kita yang telah 10 tahun membesar di England. Semenjak usianya 10 tahun dan kini telah 20, beliau dibesarkan di Boarding School, jauh dari alam Melayu malah Islam barangkali. Dia mengajukan soalan kepada saya, "do you believe in wearing scarf for Muslim girl? I don't believe in wearing scarf. If God doesn't want us to show our hair, then He will create us hairless!"

Soalannya amat provokatif. Dia juga bertanya soal kenapa mesti solat, kenapa tak boleh bela anjing di rumah dan sebagainya. Seandainya saya mengambil pendekatan jiwa Fiqh otak Da'ie, mungkin saya akan menjelaskan hukum perempuan memakai tudung, tujuannya menurut al-Quran, ayat-ayat dari surah al-Ahzab dan an-Noor dan 1001 penjelasan yang disambut dengan menguap gadis tadi bersama abangnya yang senasib. Akhirnya saya akan kagum dengan diri sendiri terhadap betapa banyakkan dalil yang berjaya saya ingat dan bentangkan dengan fasih!

Tetapi saya cuba membawa gadis tersebut ke persoalan pokok. Saya sebutkan kepada gadis tadi, "semua soalan anda tadi adalah persoalan kelapan dan kesembilan kita. Ada persoalan awal yang perlu diselesaikan terlebih dahulu".

"Oh begitu. Baik, apa persoalan utama awak?", tanya gadis tadi.

"Menyelesaikan persoalan TUJUAN HIDUP!" jawab saya.

"Penting sangatkah nak tahu tentang tujuan hidup?", tanyanya lagi.

"Cuba awak bayangkan, kita adakan permainan bola sepak, tetapi di padang bola tiada tiang gol! Atau awak main golf tetapi tidak tahu di mana lubangnya. Apa rasanya kalau awak terlibat dalam permainan seperti itu?", saya menguji.

"Silly game.. mengarut!", ujarnya sambil tersengih.

"Well, kita mungkin ketawakan mereka yang main bola atau golf begitu, tetapi sebenarnya kita sedang ketawakan ramai manusia yang hidupnya tiada tiang gol dan tiada lubang golf. Kalau kita tak tahu tujuan hidup kita yang sebenar, bagaimana kita nak fokus dan membuat prioriti? Saya yakin saudari boleh setuju bahawa kegagalan untuk fokus dan membuat prioriti, pasti mengundang kegagalan. Betul tak?", saya meneruskan perbualan.

"I can agree on that, jadi soalannya sekarang ialah, apa tujuan hidup awak?", beliau bertanya lagi.

"Hmm, awak rasa, saya ada ke jawapannya? Awak ada jawapannya? Apa yang awak nak capai dalam hidup awak?", saya pula memberikan soalan bertubi-tubi saya.

"Saya nak berjaya dalam kerjaya dengan pendapatan millions per year", katanya dengan yakin.

"Bagi kita yang belum dapat pendapatan begitu, mungkin kita sangka itu tujuan hidup kita. Tapi bagi yang dah dapat, macam jutawan-jutawan dunia yang kita kenal, ketika mereka sampai ke puncak yang didaki, rupa-rupanya jiwa mereka masih kosong dan mereka masih terus bertanya, apakah untuk ini aku hidup? Akhirnya ramai di kalangan mereka yang bunuh diri atau sekurang-kurangnya gagal dalam rumahtangga. Awak rasa itu kejayaan ke?", saya bertanya kepadanya lagi.

"Hmm...", sepi tanpa jawapan...

"Saya rasa kita sama-sama tak ada jawapan sebab TUJUAN HIDUP kita telah ada sebelum kita lahir. Jika kita tanya lampu ni kenapa dia diciptakan, andai dia boleh menjawab, mungkin dia tak tahu kenapa dia berada di sini. Logiknya kita kena tanya kilang yang membuat lampu itu tadi. Dan kalau kita tanya ke kilang, mereka akan memberikan koleksi soalan dan jawapan di dalam sebuah KITAB bernama Instruction Manual. Begitulah juga dengan manusia. Jika mahu kepada jawapan, kenalah tanya kepada Tuhan yang menciptakan manusia iaitu Allah. Dan Allah telah memberikan kepada kita koleksi soalan dan jawapan di dalam Instruction Manual-Nya yang bernama..."

"Al-Quran! What does the Quran say about our PURPOSE OF LIFE?", gadis tersebut mengacukan soalannya.

"DAN tidaklah Aku jadikan Jin dan Manusia melainkan supaya mereka mengabdikan diri kepadaKu. Adz-Dzariyat 56". Jawabku.

Lantas aku mengambil peluang untuk menjelaskan secara ringkas kepada beliau konsep ibadah dalam Islam. Bahawa selain solat dan ibadah khusus yang lain, apa sahaja pekerjaan yang kita lakukan jika memenuhi kriteria Islam, maka ia jadi ibadah. Dan akhirnya aku membuat kesimpulan berikut:

"Andainya saudari boleh menerima hakikat yang kita perlukan Tuhan dalam hidup ini, maka barulah saya boleh menjawab soalan kenapa kita kena sembahyang. Kita perlu sembahyang kerana kita perlukan Tuhan dalam hidup ini. Dan jika saudari boleh setuju dengan kewajipan sembahyang, maka barulah saya boleh terangkan kenapa saudari kena pakai tudung. Jika kita mengadap Yang Di Pertuan Agung pun ada kod berpakaian, apatah lagi nak mengadap Allah di dalam sembahyang dan di luar sembahyang, tentunya kita kena bertudung kerana itu kehendak Dia. Dan jika awak setuju sampai ke situ, saya boleh jelaskan kenapa Islam tak benarkan kita bela anjing. Islam cuma mengajar, andai dijilat anjing, samaklah dengan air dan! tanah. Tetapi Islam tidak pernah mengajar kita supaya membenci anjing dan memukulnya. Itu semua soal adat sahaja!"

Alhamdulillah dalam tempoh sejam pertemuan saya dengannya, itulah hasil perbincangan kami. Walaupun kesannya saya tidak pasti tetapi sekurang-kurangnya saya sudah mencuba untuk menghadapi mad'u saya dengan Jiwa Daie Otak Faqih dan tidak sebaliknya. Gadis itu ada latar belakang keluarga yang berbeza. Dia bukan seperti saya dan kehidupan saya. Kerana itulah saya mesti terlebih dahulu cuba belajar untuk memahami keadaan dia sebelum memutuskan apakah pendekatan dakwah yang patut saya ambil. Andai saya hamburkan kemarahan atas provokasi gadis tadi, tentulah perbualan kami terhenti di situ dan saya sekadar menggelengkan kepala sambil tersenyum secara sacarstic, "inilah perangai bebudak sekarang!"

Sempena kedatangan bulan Ramadhan ini, dan atas nostalgia peristiwa Hasan al-Banna itu, marilah kita bersama-sama mengutip mutiara pendakwah yang hilang iaitu "SEEK TO UNDERSTAND, THEN TO BE UNDERSTOOD".

Posted by Lynn Ross at 9:31 pm | 0 comments
Wednesday, November 02, 2005

Cermin untuk melihat tanda ahli syurga atau ahli neraka.

Peranan ilmu dan fadhilatnya ,renunglah petunjuk berdasarkan sabda Rasul-Allah sallallahu 'alayhi wa-sallam yang bermaksud ;

"Sesiapa yang dikehendaki baik (khairan) oleh Allah Azza Wa Jalla,maka Allah Azza Wa Jalla akan meluaskan pengetahuannya dalam hukum-hukum agama dan akan di ilhamkan-NYA petunjuk di dalamnya".

Hadith tersebut bukan sahaja sebagai pedoman,bahkan jadi alat pengukur untuk mengetahui secara dasarnya,sama ada seseorang itu sebagai orang yang mendapat suratan kebajikan di tangan kanan (ahlul yamin ) atau orang yang mendapat suratan kejahatan di tangan kiri (ahlus syimal) di akhirat kelak.

Hadith tersebut sebagai petunjuk untuk mengetahui samada diri seseorang jadi ajen malaikat atau ajen syaitan,sama ada seiring dengan Nabi Muhammad sallallahu 'alayhi wa-sallam ke syurga,atau sejalan dengan Firaun ke neraka.Lihat dan pastikan sikap serta amalan diri sehari-hari ,adakah
mempunyai kecenderungan untuk membetulkan segala perbuatan dengan kehendak agama atau sebaliknya.


Jika ada usaha membetulkan perbuatan dan tutur kata dengan kehendak Islam,maka ia suatu tanda bahawa mereka sedang mendekati kepada kebajikan ( khairan ) ,seperti yang disebut dalam hadith Nabi Muhammad sallallahu 'alayhi wa-sallam di atas tadi.Jika tiada usaha dalam hidup sehari-hari untuk membetulkannya, malah betul atau salah tidak sedikitpun menyentuh hati,jelaslah individu itu tergolong dalam kejahatan.Justeru itu tipislan harapan di dunia ini untuk akrab dengan malaikat ,dan jauhlah dari menghidu bau syurga di akhirat kelak.

Tepuk dada sendiri tanyalah iman masing-masing berdasarkan penjelasan hadith tersebut.Jika tinggal solat atau melakukan maksiat tidak merasa berdosa atau bersalah kepada Allah Azza Wa Jalla,tidakkah itu bererti sedang menghampiri kawah neraka ?

Sabda Nabi Muhammad sallallahu 'alayhi wa-sallam itu bagai cermin untuk umatnya melihat wajahnya sendiri,dengan cermin itu mereka boleh melihat sama ada dirinya bakal menjadi ahli syurga atau neraka.Jika dihati seseorang mempunyai hasrat untuk mengkaji dan mendalami Islam untuk membetulkan diri selaras dengan kehendak Allah Azza Wa Jalla ,mudah-mudahan hasrat itu mencerminkan bayangan dirinya sebagai ahli syurga.

Jika seseorang berhajat untuk menjadi ahli syurga,mereka perlu memahami hadith Nabi Muhammad sallallahu 'alayhi wa-sallam itu.Mereka perlu berusaha mendampingi majlis ilmu,sanggup tinggal anak isteri kerana menghadiri kuliah agama.Hanya dengan cara itu kefahaman agamanya akan meningkat,dengan kefahaman yang tinggi itu semuga amalannya akan selaras dengan kehendak Allah Azza Wa Jalla.

Andainya seseorang itu berada di tangga itu bererti ada harapan menjadi insan yang baik di dunia dan untuk menjadi ahli syurga di akhirat kelak.Inshaa Allah. Apabila seseorang dikehendaki Allah Azza
Wa Jalla menjadi seseorang yang baik ,bukan sahaja mereka diberi kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama,juga akan diilhamkan untuk memudahkan mereka mencari jalan yang betul.


Berhubung dengan ilmu itu, Nabi Muhammad sallallahu 'alayhi wa-sallam juga menegaskan melalui sabdanya yang masyur yang bermaksud ; "Sesungguhnya orang2 alim (ulama )itu adalah waris para Nabi-Nabi".

Sesetengah orang merasa bangga jika mereka dari keturunan darah bangsawan dan seumpamanya ,sayangnya kebanggaan itu tidak sedikit pun bernilai di sisi Allah Azza Wa Jalla.Sebaliknya yang mempunyai nilai di sisi Tuhan ialah pewaris para Nabi-Nabi. Seseorang mungkin tidak mempunyai hubungan keturunan dengan Nabi Muhammad sallallahu 'alayhi wa-sallam ,tetapi
baginda sallallahu 'alayhi wa-sallam memberi jaminan bahawa umatnya boleh menjadi waris para Nabi sekiranya mereka menerima ajaran dan beramal dengan amalan yang ada pada Nabi Muhammad sallallahu 'alayhi wa-sallam.


Orang yang mempunyai ilmu dan amalan seperti yang dimiliki oleh para Nabi itu,tidak lain ialah para ulama.Sebagaimana sabda Nabi Muhammad sallallahu 'alayhi wa-sallam yang bermaksud ; "Sesungguhnya kami di kalangan para Anbiya' bila mati tidak meninggalkan dinar atau dirham,sebaliknya kami meninggalkan ilmu dan hikmah".

Dinar dan dirham tidak bernilai di sisi para Anbiya,justeru itu mereka tidak akan meninggalkan kekayaan yang tidak bernilai kepada para warisnya,yang berharga ialah ilmu pengetahuan.Justeru itu menerima ilmu pengetahuan bersumberkan Al Qur'an dan sunnahnya , sama ada zuriat mereka
atau sesiapa jua di kalangan umatnya,sesungguhnya itulah orang yang dikatakan waris para Nabi.


Tidak kira apa jua bangsanya dan dari negeri mana asalnya,meski pun mereka hidup ribuan tahun selepas kewafatan Nabi Muhammad sallallahu 'alayhi wa-sallam ,namun apabila telah diiktiraf sebagai
warisnya,kelak mereka diletakkan seiring dengan para Nabi di dalam syurga.


Di dunia ini ada orang merasa bangga kerana keturunan raja-raja dan seumpamanya,mereka akan mewarisi takhta pemerintahan atau kedudukan yang tinggi dalam kerajaannya.Namun tidak sama dengan kebanggaan yang dirasai oleh umat yang mewarisi ilmu pengetahuan dan hikmah ,yang diakui
oleh Nabi Muhammad sallallahu 'alayhi wa-sallam sebagai warisnya yang akan menikmati kebahagiaan syurga di akhirat kelak.


Semua telah maklum,bahawa tiada pangkat dan kehormatan yang lebih mulia di sisi Allah Azza Wa Jalla selain dari pangkat Nabi.Tetapi tiada lagi Nabi selepas Nabi Muhammad sallallahu 'alayhi wa-sallam kerana baginda sallallahu 'alayhi wa-sallam adalah Nabi terakhir yang diutus Allah Azza Wa Jalla ke muka bumi ini.

Namun peluang yang masih terbuka kepasa umat Nabi Muhammad sallallahu 'alayhi wa-sallam ialah untuk menjadi pewaris para Nabi.Dalam erti kata berusaha mempelajari ilmu pengetahuan berasaskan wahyu Ilahi dan mengamalkannya , sebagaimana yang diajarkan oleh Nabi Muhammad
sallallahu 'alayhi wa-sallam.



Happy is the man who freed himself from his "self"
and united himself with the Infinite.
When you sought refuge in the Qur'an of God,
you mingled yourself with the essence of the Prophets.

The Qur'an is a narrative of the states of the Prophets
who glory in the blessed ocean of His majesty.

-Rumi, "Mathnawi"


Did We not comfort your heart and relieve you
of the burden weighing down your back?
Did We not exalt your renown?

Every hardship is followed by comfort.
Indeed every hardship is followed by comfort.

-Qur'an, Ash-Sharh, Surah 94:1-6



All living beings that dwell on the earth are doomed to die.
Only your Lord's countenance will abide forever, powerful and glorious.
Then which of your Lord's blessings will you deny?

All those who dwell in the heavens and on
the earth entreat Him for sustenance,
and every day He executes universal power.
Which then of your Lord's blessings will you deny?

-Qur'an, Ar-Rahman, Surah 55:26-30
Posted by Lynn Ross at 7:57 pm | 0 comments
Tuesday, November 01, 2005
Suara Dari Kejauhan
Menangis Merintih Pilu
Termangu-mangu Dimuka Pintu
Pada Siapa Saja Yang Sudi Mendengar

Sebuah Harapan, Membawa Khabar
Tangisan Si Anak Kecil Yang Kesakitan
Rintihan Dari Ibu Ayah
Yang Sekian Lama Menanggung Derita

Berilah Harapan, Dan Taburlah Budi
Semaikan Kasih Setulus Budi
Seikhlas Hati Semurni Nurani
Buat Semua Insan Di Dunia

Bersama Harapan Dan Air Mata
Jangan Biarkan Terus Basah Di Pipi
Hulurkan Bantuan Dan Pengorbanan
Dari Hati Yang Ikhlas Simpati Tanpa NistA
Posted by Lynn Ross at 2:15 pm | 0 comments