Wednesday, October 25, 2006
Alhamdulillah, kita sekeluarga udah mulai puasa 6. Kecuali adek yg masih meneruskan rayanya. :) Anak2 muda...mmg begitulah...

Selamat Berpuasa Sunat 6 hari.....buat semua...moga2 kita mendapat keberkatan dari ALLAH dan sentiasa mendapat perlindungan-Nya dan mendapat kebaikan dunia dan akhirat. Amiinn..

;)
Posted by Lynn Ross at 11:11 am | 0 comments
Tuesday, October 24, 2006
Assalamualaikum,

Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir Batin buat semua...

Hari rayaku disambut bersama keluarga dalam keadaan ala-qadar... kita sekeluarga tak berbaju raya..hanya baju yg lama dipakai. Itu pun cukup buat kita sekeluarga. Alhamdulillah... ummi pun masak makanan buat kita semua pun hanya cukup2... tidak seperti aidilfitri yg kemarin2.... kata ummi, raya tahun ini paling teruk buat kita sekeluarga. Anaa hanya menenangkan ummi dgn kata2 "linda redho dan terima apa adanya". Tak perlu itu semua, yang penting dapat beraya bersama keluarga. Yang paling menyedihkan apabila melihat walid yg sering mendiamkan diri, tidak seperti dulu... terlalu banyak yg dipikirkan. Kasihan doank. Tapi, harus gimana lagi...Ini lah ujian kita sekeluarga.

Pagi itu setelah bermaaf-maafan kita ke rumahnya Uwan(nenek), dan ke rumah ALLAHyaharmah Opah(nenek) .... sampai jam 2, kita pulang langsung ke rumah. Kayaknya setiap kali aidilfitri, routine nya sama...persis dgn tahun2 yg lalu.

Tapi, kita tetap bisa tersenyum...gak pernah menunjukkan yg kita sebenarnya tidak berdaya. Terlalu hebat ujian dan dugaan ini.

Walaugimanapun, Aidilfitri tetap kita sambut...Alhamdulillah...

Selamat Hari Raya Aidilfitri .. Minal Aidil Wal Faizin .. Maaf Zahir & Batin.

Wassalamualaikum
Posted by Lynn Ross at 8:50 pm | 0 comments
Thursday, October 12, 2006
Sekitar Lailatul Qadar Malam Teristimewa
Oleh
Ust Hj Zaharuddin Hj Ab Rahman
(Artikel ini diterbitkan di METRO AHAD 8 Oktober 2006 dalam versi lebih ringkas)
Web : http://www.zaharuddin.com/
Group : http://groups. yahoo.com/ group/zaharuddin /



Laylatul Qadar atau Malam al-Qadar telah diketahui umum sebagai malam yang amat istimewa buat seluruh umat Islam. Ia berdasarkan ayat al-Quran dari surah al-Qadr . Firman Allah SWT : Ertinya : “Malam Al-Qadar lebih baik dari seribu bulan” (Al-Qadr : 2) . Di Malam ini jugalah Nabi SAW bersungguh-sungguh beridabat melebihi malam-malam lain. Tersebut di dalam hadith . Ertinya : Adalah Nabi SAW, beribadat dengan (lebih) bersungguh dan kuat di sepuluh malam terakhir Ramdhan, tidak sebagaimana baginda di malam-malam yang lain” ( Riwayat Muslim, no 1175 )

Çäå ßÇä íÚÊßÝ ÝíåÇ æíÊÍÑì áíáÉ ÇáÞÏÑ ÎáÇáåÇ )ÇáÈÎÇÑí, æãÓáã (
Ertinya : “Adalah Nabi SAW beriktikaf padanya dan berusaha mencari malam al-qadar darinya (malam-malam ramadhan)” ( Riwayat al-Bukhari & Muslim)


ÍÏíË ÚÇÆÔÉ ÑÖí Çááå ÚäåÇ Ãä ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã " ßÇä ÅÐÇ ÏÎá ÇáÚÔÑ ÃÍíÇ Çááíá æÃíÞÙ Ãåáå æÔÏ ãÆÒÑå " ÇáÈÎÇÑí (1920) æãÓáã (1174) ÒÇÏ ãÓáã æÌóÏøó æÔÏ ãÆÒÑå .
Ertinya : “ Apabila telah masuk bulan Ramadhan, maka Nabi menghidupkan malam, mengejutkan isterinya dan mengetatkan kainnya (tidak menyetubuhi isterinya kerana amat sibuk dengan ibadat yang khusus)” ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Keistimewaanya:

1) Malam berkat yang di turunkan padanya Al-Quran (secara sepenuhnya dari Lawh Mahfuz ke Baytil Izzah di langit dunia sebelum diturunkan kepada Nabi SAW secara berperingkat) ; justeru ia disifatkan sebagai malam penuh berkat dalam ayat 3 surah ad-Dukhaan. Pandangan ini adalah sohih dari Ibn Abbas, Qatadah, Sai’d Ibn Jubayr, ‘Ikrimah, Mujahid dan ramai lagi.

2) Di tuliskan pada malam tersebut “qadar” atau ketetapan bagi hidup, mati, gembira, rezeki, sihat, sakit dan apa jua berkaitan qadar manusia dan destinasi mereka pada tahun itu. Syeikh Dr Saleh Al-Mun

3) ajjid berpendapat bahawa pada malam itu, dipindahkan dari Qadar manusia dipindahkan dari lawh mahfudz. Hal ini dapat difahami melalui ayat surah al-Dukhaan ayat 1 hingga 6 menurutnya. Justeru, seeloknya kita menghidupkan malam ini dengan beribadat sehabis mungkin bagi memastikan yang terbaik buat destinasi hidup kita. Demikian juiga difahami dari apa yang disebut oleh Ibn Abbas. ( Tafsir Ibn Kathir, 137/138). Imam An-Nawawi ada menghuraikan maksud panjang bagi hal ini. (Syarah Sohih Muslim, 8/57). Menurut pandangan yang lain qadar juga membawa bermaksud mulia atau agung.

4) Malam ini terlebih baik dari seribu bulan untuk beribadat. Perlu difahami bahawa para ulama menyebut bahawa seribu bulan yang dinyatakan dalam ayat quran ini bukanlah bermaksud ‘tahdid’ atau menghadkan ganjarannya kepada ‘seribu’, tetapi ia sebenarnya bermaksud satu pergandaan yang tidak terkira banyaknya, manakala jumlah ‘seribu’ itu hanyalah contoh yang mewakili suatu jumlah yang amat banyak; disebutkan oleh Imam Malik dalam al-Muwatta’ bahawa gandaan ini adalah sebagai ganti kerana umur umat zaman ini yang pendek berbanding zaman sebelum Nabi Muhammad SAW yang amat panjang seperti Nabi Nuh as. (Syeikh Atiyyah Saqar, Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, dengan pindaan).

5) Pada malam itu, turunnya para Malaikat dan Ruh (Jibrail as). Hal ini disebutkan di dalam al-Quran dari surah al-Qadr. Manakala, dalam sebuah hadith disebutkan bahawa pada malam tersebut, malaikat akan turun dan berjalan kepada seluruh individu yang sedang beribadat secara berdiri, duduk, bersolat, berzikir, serta memberi salam kepada mereka dan mengaminkan doa mereka maka Allah akan mengampunkan mereka kecuali empat kumpulan : Peminum arak, penderhaka ibu bapa, pemutus siltarurrahmi dan individu yang sedang bermusuhan.

6) Malam itu juga disebutkan sebagai malam yang sejahtera, sehinggakan Syaitan juga tidak mampu untuk melakukan kejahatan dalamnya. (Tafsir Ibn Kathir, 4/531) . Sejahtera dan keberkatan ini akan berterusan sehingga naik fajar dan bukannya pada saat tertentu sahaja. Hal ini juga di sebutkan dari firman Allah dalam surah al-Qadr.

7) Diampunkan dosa terdahulu bagi sesiapa yang menghidupkannya dengan iman, ikhlas dan mengharap redha Allah; ia berdasarkan hadith sohih riwayat al-Bukhari dan Muslim. (Fath al-Bari, 4/251)

Waktunya

Para ulama antaranya Syeikh Dr Yusof Al-qaradawi menyebut bahawa tarikh malam lailatul qadar sengaja di sembunyikan oleh Allah SWT agar umat mansia berusaha bersungguh-sungguh bagi mencarinya, bagaimanapun, terdapat tanda-tanda akan kemunculan malam yang terhebat ini. Iaitu seperti esok harinya tidak terlampu panas dan tidak pula sejuk, matahari pula tidak memancarkan sinarannya dan bagai lagi. Ia semuanya berasal dari hadith-hadith.

Bagaimanapun tanda-tanda ini tidaklah begitu penting bagi individu yang benar-benar telah beribadat sepanjang malam. Malah, tanda ini juga adalah amat sukar menjadi tepat kerana suasana sesebuah Negara berlainan, di Negara barat mungkin sedang mendung kerana musim sejuk, di afrika mungkin sedang terik, maka adakah mereka mala qadar tidak muncul di tempat mereka?. Jawabnya, tanda-tanda ini hanyalah contoh yang berlaku di zaman Nabi SAW dan tidak lebih dari itu.

Menurut pandangan yang paling kuat di kalangan para ulama, ianya berlaku pada sepuluh malam yang terakhir, pada malam-malam ganjil. Setengah ulama mengatakannya bersifat tetap pada setiap tahun iaitu pada malam 27 Ramdhan, manakala Imam An-Nawawi pula berpendapat ianya bertukar-tukar pada setiap tahun dan tidak kekal pada satu tarikh (Al-Majmu’ 6/450). Berdasarkan dalil hadith al-Bukhari, kemungkinan terbesar adalah jatuh pada tujuh malam terakhir iaitu samada 25, 27 atau 29 Ramadhan berdasarkan sabdaan Nabi SAW:-

ÃÑì ÑÄíÇßã ÞÏ ÊæÇØÃÊ Ýí ÇáÓÈÚ ÇáÃæÇÎÑ ¡ Ýãä ßÇä ãÊÍÑíåÇ ÝáíÊÍÑåÇ Ýí ÇáÓÈÚ ÇáÃæÇÎÑ
Ertinya : Aku lihat mimpi kamu (sahabat) telah menepati di tujuh malam terakhir, sesiapa yang mencarinya, maka carilah ia di tujuh malam terakhir” ( Riwayat al-Bukhari , no 1911 & Muslim)

Dan juga hadith Nabi :-

ÇáÊãÓæåÇ Ýí ÇáÚÔÑ ÇáÃæÇÎÑ ãä ÑãÖÇä
Ertinya : “ Carilah ia (malam al-qadar) di sepuluh malam terakhir dari bulan ramadhan” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari tiga tarikh harapan itu, tarikh 27 Ramdhan adalah yang paling diharapkan oleh kebanyakan umat Islam dan dipegang oleh kebanyakan Sahabat Nabi SAW dan ulama silam, sehinggakan seorang sahabat bernama Ubay Bin Ka’ab ra bersumpah ia adalah malam ke dua puluh tujuh (di zamannya secara khasnya kerna beliau telah melihat tandanya dan zaman lain umumnya), sebagaimana dalil hadith yang menyebut:-
áíáÉ ÇáÞÏÑ áíáÉ ÓÈÚ æÚÔÑíä
Ertinya : “Malam al-Qadar dalah malam ke dua puluh tujuh” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, no 1386 )

æÞÇáÊ ÚÇÆÔÉ Ü ÑÖí Çááå ÚäåÇ Ü : íÇ ÑÓæá Çááå Åä æÇÝÞÊ áíáÉ ÇáÞÏÑ¡ ÝãÇ ÃÞæá ¿ ÞÇá: Þæáí: Çááåã Åäß ÚÝæ ÊÍÈ ÇáÚÝæ ÝÇÚÝ Úäí
Ertinya : “Berkatalah Aisyah , Wahai Rasulullah, jika aku berkesempatan bertemu Malam Al-Qadar, apakah yang perlu aku katakan (doa) ? Bersabda Nabi : “ Sebutlah doa “ Ya Allah sesungguhnya dikaulah maha pengampun , dan amat suka memberi ampun, maka berikanlah daku keampunan”

Mestikah Mendapat Tanda ?

Sabda Nabi SAW :
"ãä íÞã áíáÉ ÇáÞÏÑ ÝíæÇÝÞåÇ.." (ÑæÇíÉ áãÓáã Úä ÃÈí åÑíÑÉ).
Ertinya : Barangsiapa yang menghidupkan malam qadar ini dan mendapatnya…” ( Riwayat Muslim)

Hadiith ini menyebabkan setengah ulama mengatakan bahawa setiap individu yang mendapat keberkatan malam al-qadar mestilah mengetahui berdasarkan hadith di atas. Bagaimanapun, pandangan yang lebih tepat adalah seseorang individu itu mampu mendapat kebaikannya, samada ia mengetahuinya atau tidak mengetahuinya, tanpa menafikan bahawa sesetengah individu diberi rezeki oleh Allah untuk mengetahuinya melalui pelbagai cara termasuk mimpi, tanda pelik dan sebagainya.

Posted by Lynn Ross at 3:47 pm | 0 comments
Dr. Monzer Kahf, Scholar in Islamic Economics & Financial Expert, states the following:

“All of us know that bank interest is a kind of Riba which is prohibited in the Shariah. It is also prohibited to give it, receive or take it, write its contracts and be a witness on them. Hence, any job that requires a Muslim to make a contract of Riba, or be instrumental in making it such as negotiating it with the customer, getting it signed or signing it on behalf of the bank and other jobs related directly to making a Riba-based contract with regards to deposits or financing in a Reba based bank is prohibited.

There are jobs in banks that do not relate directly to Riba such as guards, tellers, treasurers, research, buildings and machines maintenance, etc., I personally quote two of the greatest Muslim scholars’ views regarding that as follows:

His eminence Sheikh Muhammad al-Siddiq al-Darir of Sudan and His eminence Sheikh Muhammad al-Mukhtar al-Sallami of Tunis are of the opinion that such jobs are not included in the prohibition. However, they maintain that jobs which support the Riba-based operations are prohibited.”

Sheikh `Abdus-Sattar Fathallah As-Sa`eed, professor of Qur'an Exegesis and Qur'anic Sciences at Al-Azhar University, states the following:

"We would like to clarify two important points. First, the economy is usually associated with Riba (interest). If you are obliged to work in this field, then there is nothing wrong, and you are excused for doing so. You must, however, repent to Allah, and ask Him to forgive you while striving hard to find another lawful way of earning a living.

Second, if you are directly involved in dealing with Riba, and it is your career and means of earning a living, then you are not allowed to adopt this kind of work.

Finally, working in interest-based banks is not the normal choice of career for a Muslim. You are allowed to work there only if you find it extremely difficult to find a lawful way of earning a living. Try to keep in mind that you should leave this job the moment you find a more suitable one. If you are driven by the sincere intention to find a lawful way to earn a living, Allah Almighty will make it easy for you, in sha’ Allah."

Labels:

Posted by Lynn Ross at 3:27 pm | 0 comments
Wednesday, October 11, 2006
assalamualaikum..

agak lama juga tdk update ini blog. yg sebetulnya, aq lagi gak tau apa yang mau diceritain ke sini. hanya tau neruskan hidup ku yg banyak persoalan yg belum bisa dijawab.

sebenarnya, pada waktu ini, aq lagi kangen amaaaaattttt.... aduh.... kangen pada seseorang nih...pada kemana aja...gak tau... aq sering ngatakan 'tidak' pada dirinya, tapi sebenarnya didalam hati kecilku ini .... ALLAH saja yang tau...emang aq udah suka sama dia...gak tau ahh..

suka artinya cinta? barangkali gak. suka waktu ini, cinta waktu ini..cinta sebagai temen kali. cinta sebagai pacar ya mungkin gak aahh...kenapa gak?? karna gak bisa..itu jawaban yg pas nya. mudah-mudahan kita gak berlarutan yah...kawatir juga kasih harapan ke org. bakal dikecewain nanti...

gak mungkin aq cinta ke dia...gak mungkin....gak mungkin...
tapi, emang tiap kali dia bilang kangen...aq jadi sungkan...
tiap kali dia bilang gak mau ninggalin aq.....aq jadi terharu gitu...
tiap kali dia memuji ku...aq jadi senang sekali...
tiap kali berhubungan ama dia...pasti semuanya enak2 aja dech...
tiap kali aq gak dgr kbr darinya...pasti aq GG....
adddduuuuuhhhhhh........
pinter banget sich ini orang ngambilin hati ku....emang aq jadi lemah sekali....
tolong jangan bilang ini cinta....

ini pasti suka2....main2....
atau, aq yang gak mau ngaku "i'm in love".....
pls dech....
....huhuhuhu.....
Posted by Lynn Ross at 9:34 pm | 0 comments
Wednesday, October 04, 2006
Khas Buat Wanita Tercinta - Kenapa Mesti Wanita Menutup Aurat? (33:21)

íóÇ ÃóíøõåóÇ ÇáäøóÈöíøõ Þõáú áÃÒúæóÇÌößó æóÈóäóÇÊößó æóäöÓóÇÁö ÇáúãõÄúãöäöíäó íõÏúäöíäó Úóáóíúåöäøó ãöäú ÌóáÇÈöíÈöåöäøó Ðóáößó ÃóÏúäóì Ãóäú íõÚúÑóÝúäó ÝóáÇ íõÄúÐóíúäó æóßóÇäó Çááøóåõ ÛóÝõæÑðÇ ÑóÍöíãðÇ

Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka berjilbab (bertudung dan berpakaian labuh) menutupi tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (33:21)

Berdasarkan ayat di atas, ALLAH telah jelas menyatakan perihal mengapa wanita wajib berjilbab (bertudung dan berpakaian labuh yang menutupi tubuh mereka dengan sempurna).

Berikut saya point-kan beberapa hikmah menutup aurat (bagi wanita) berdasarkan ayat di atas secara ringkas:

1. Sebagai lambang bahawa mereka adalah wanita yang beriman dan bertaqwa. Wanita yang sentiasa beriman dan taat, pasti akan sentiasa mengikuti apa sahaja yang diperintahkan oleh ALLAH dan Rasul-NYA dan meninggalkan sebarang perkara yang dilarang di dalam agamanya (Islam). Berbeza dengan mereka yang tidak beriman (tanpa mengira lelaki mahupun wanita), mereka amat engkar dengan perintah ALLAH dan Rasulullah. Pendek kata, ada sahaja alasannya untuk menolak ketetapan ALLAH. Maka, renungilah ayat berikut:

“Orang-orang munafik laki-laki dan perempuan sebahagian dengan sebahagian yang lain adalah sama, mereka menyuruh membuat yang mungkar dan melarang berbuat yang ma'ruf dan mereka menggenggamkan tangannya (kikir). Mereka telah lupa kepada Allah, maka Allah melupakan mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu adalah orang-orang yang fasik.” (09:67)

2. Berupaya mengelakkan gangguan daripada golongan yang berhati jahat. “…karena itu mereka tidak di ganggu”…. Bagi point yang kedua ini, saya ingin membawakan satu perumpamaan. Andainya kita seorang lelaki dihidangkan dengan satu ‘show’ yang menayangkan wanita dengan keadaan yang amat menghairahkan (seksi), sudah tentu nafsu syahwat si lelaki akan terangsang sekaligus mencetuskan satu niat yang jahat untuk ‘mendapatkan’ wanita yang dilihatnya itu atau pun wanita lain yang seumpamanya bagi tujuan nafsunya. Tapi, berbeza pula jika kita sebagai lelaki diperlihatkan dengan wanita-wanita solehah yang sentiasa menjaga adabnya sebagai seorang muslimah yang mana lengkap berjilbab. Pasti sejuk mata memandang lalu mampu mendetikkan rasa keinsafan (malu) dalam diri si lelaki. Begitulah hakikatnya peranan jilbab mampu mencegah hati-hati manusia yang berniat jahat.

Dalam ayat yang lain, ALLAH menyatakan perihal yang sama tetapi memfokus kepada suara wanita, “Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan (menghairahkan) orang yang ada perasaan dalam hatinya (berhati jahat). (33:32)

3. Membezakan sama-ada wanita itu muslim atau non-muslim. “…supaya mereka lebih mudah untuk dikenal…”. Ssebagai seorang wanita muslim, sewajibnya mereka menutup aurat dan bertudung. Yang dengan itu, sekaligus membezakan mereka dengan gaya orang yang bukan muslim. Dan berdasarkan Tafseer Ibn Katheer, jilbab membezakan di antara wanita hamba dengan wanita yang merdeka di mana orang yang merdeka wajib bertudung. Manakala dalam tafsiran yang lain, dinyatakan bahawa pemakaian tudung dan penutupan aurat melambangkan dia adalah wanita yang bertamadun kerana tahu menjaga kehormatannya.

4. Jilbab (menutup aurat) mampu menghalang pelbagai penyakit kulit. Menurut kajian saintifik terkini membuktikan bahawa kulit wanita adalah lebih sensitif berbanding kulit lelaki. Maka oleh kerana itulah, kulit wanita memerlukan sistem penjagaan yang lebih rapi dan baik berbanding kulit lelaki. Dengan keadaan zaman sekarang ini yang mana, persekitaran kita begitu berbahaya dengan pelbagai jenis pencemaran yang melanda. Saya ambil beberapa contoh pencemaran yang boleh memberi kesan berbahaya kepada kulit. Pencemaran udara, yang mana udara kita dipenuhi dengan pelbagai jenis asap dan debu (dangerous particles). Pencemaran cahaya dan radioaktif. Pencemaran cahaya adalah berpunca daripada penipisan lapisan ozon (light filteration) yang semakin ketara, yang mana pelbagai sinar matahari yang berbahaya dengan mudah terlepas ke permukaan bumi akibat gagal ditapis oleh ozon. Maka, apa alternatifnya yang terbaik untuk mengawal semua jenis pencemaran ini? Tentu sekali pakaian yang baik yang mana mampu menutupi semua bahagian badan kita yang sensitif. Maka dengan itu, sekaligus menunjukkan hikmah wanita diwajibkan memakai jilbab (menutup aurat). Ianya sungguh relevan sekali dengan suasana masa kini yang begitu berbahaya kepada organ kulit kita, terutamanya wanita yang jauh sangat sensitif terhadap kesan pencemaran tersebut. Tanpa perlu berbelanja mahal untuk bahan-bahan kimia penjagaan kulit yang belum tentu terjamin kebaikannya dan mungkin ada kesan jangka panjangnya yang jauh lebih berbahaya, maka pakailah pakaian yang menutup aurat. Ianya lebih selamat dan dijamin oleh ALLAH sejak lama dahulu lagi. Dan ianya terbukti tiada kesan sampingan.

Renungan:

Ingatlah rakan-rakan wanita ku. Jika anda menganggap pakaian ‘haram’ yang anda peragakan itu lebih cantik daripada pakaian yang disarankan oleh ALLAH, maka sebenarnya anda telah cuba menyatakan bahawa pakaian yang disarankan oleh ALLAH itu adalah tidak cantik. Maka, di masa anda menyatakan demikian (ditambah anda mempraktikkannya) , maka anda di saat itu sedang melakukan suatu kesyirikan yang tidak kurang besarnya, dan menunjukkan anda sungguh berani kerana perbuatan anda itu sebenarnya menunjukkan anda sedang melawan (memprotes) ALLAH. Na’uzubillah…

ALLAHU ‘ALAM…

Yang benar,
Saudara Nawawi.


Rujukan:

Tafseer Ibnu Katheer (English)
Al-Asas fit Tafsir , As-Syeikh Said Hawa
Toronto Star, R. Stevenson, 23rd January 2002.
Posted by Lynn Ross at 10:46 am | 0 comments