Friday, September 30, 2005
This is Nissan Serena 2.0L CVTC engine. I drove this car and I can say it NICE and COMFORT. I've never test drive any other MPV. But, this one really catch my heart! =) The style, solid body, comfortable seat, cool air-cond, and etc. Everything was totally fine to me. I'm not promoting the car but, I'm kinda like the car. Hurmm....!


This is me and my little Raouf (nephew). This car is not ours la. But, our heart has attached to the car. Hurmm..again! =)
The plate number is WMY .... the number behind not really nice but the alphabet is somehow make me smile =).

That's Raouf, Afiqah and me. We are counting the stars I guess.. Hehhee..Actually, I was saying to them, 'lets look at the sky!!' and my brother snap the cam. Hahaha =))
Posted by Lynn Ross at 1:10 pm | 0 comments
- Sumber anaa tak pasti, yang penting jadikan ia sebagai IKTIBAR!
Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud:

"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."

Ini jelas menunjukkan,kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. "Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Yarobbal a'lamin.."

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;

Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya:
1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.
2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu.
3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia.

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Wang RM50 atau S$50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak. Semua insane ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya..
Posted by Lynn Ross at 1:04 pm | 0 comments
Wednesday, September 28, 2005


Place : Masjid At-Taqwa , Taman Tun Dr Ismail.
Date : 16 Syaaban 1426H.
Penceramah : Dr Fatma Az Zahra.
Agenda : Solat Tasbih & Tazkirah menyambut bulan Ramadan.

Kelebihan Solat Tasbih :

Nabi Muhammad sallallahu 'alayhi wa-sallam pernah bersabda bahawa di antara kelebihan solat tasbih itu adalah ;
  • dapat memberi ketenangan hati kepada mereka yang melakukan solat tasbih.
  • Inshaa Allah , hajat mereka yang melakukan solat tasbih akan dimakbulkan Allah Azza Wa Jalla
  • Inshaa Allah , diampunkan 10 dosa2 besar orang2 yang ikhlas melakukan solat tasbih

Oleh kerana itu , kita dianjurkan agar melakukan solat tasbih tiap2 hari , kalau tidak boleh, seminggu sekali , jika tidak mampu , sebulan sekali .Jika masih tidak upaya , setahun sekali , dan jika masih tidak dapat juga , cubalah melakukan solat tasbih sekurang2nya sekali seumur hidup.

Menyambut Ramadan :

Imam Ghazali pernah berkata , di dalam mempersiapkan diri untuk menyambut bulan Ramadan, Nabi Muhammad sallallahu 'alayhi wa-sallam pernah bersabda yang baginda mempersiapkan dirinya 6 bulan sebelum Ramadan dan 6 bulan selepas Ramadan. Ini bermakna , yang Nabi Muhammad sallallahu 'alayhi wa-sallam mempersiapkan dirinya selama 1 tahun untuk kedatangan bulan Ramadan.Baginda juga berdoa agar Allah Azza Wa Jalla menerima puasa dan amalannya dalam bulan Ramadan.

Jika beribadat dengan ikhlas di dalam bulan Ramadan , Allah Azza Wa Jalla akan gantikan buku catatan kita dengan buku yang baru yang tiada catatan apa2 dosa di dalamnya seperti orang yang kembali ke jalan Allah Azza Wa Jalla. Kita juga perlu menyiapkan diri dengan nawaitu yang ikhlas untuk beribadat di bulan Ramadan dan berusaha supaya Ramadan ini adalah Ramadan yang lebih baik dari Ramadan yang sebelumnya.

Di antara perbuatan2/kelakuan yang perlu di ambil perhatian semasa bulan Ramadan ;

  • jangan terlalu banyak cakap benda2 yang tidak berfaedah.
  • jangan tengok tv banyak2 / dengar muzik /lalai dengan hiburan.
  • puasa bermakna bukan hanya tidak makan dan minum tetapi puasa mata/telinga dan sebagainya.
  • mesti lawan nafsu , dan jaga kepentingan masa.
  • daripada tengok tv dan dengar muzik , lebih baik habiskan masa datang ke surau/masjid , pergi majlis ilmu,baca Al Qur'an , dengar bacaan Al Qur'an.
  • cakap bohong , mengumpat,maki hamun orang boleh membatalkan puasa.
  • kalu terkeluar perkataan yang tidak baik dari mulut kita dan kita tersedar , letak tangan atas mulut dan cakap 'aku puasa' 3 kali.

Nabi Muhammad sallallahu 'alayhi wa-sallam pernah bersabda yang bermaksud ;"Barang siapa yang puasa Ramadan dengan cukup iman dan kesabaran dan berharap Allah Azza Wa Jalla ampunkan dosanya ,semua amalannya digandakan 70 kali pahala".

Sebelum kedatangan bulan Ramadan ini , lakukan solat taubat dan kajilah diri kita akan kelemahan yang ada pada kita dan cuba disiplinkan diri kita di dalam bulan Ramadan. Apa kelemahan yang ketara di dalam diri kita ?

  • suka shopping ? suka beli baju banyak2 walau dalam rumah ,baju dah penuh 10 almari
  • suka beli kasut /beli handbag / kumpul minyak wangi berbotol2 atas meja.

Apa guna puasa jika berkelakuan macam adik beradik syaitan/Bila bulan puasa , perbelanjaan bertambah sebab semua benda nak beli .Beli kuih muih macam2 warna - hijau /merah /kuning - penuh satu meja macam pelangi.

Jadikan bulan Ramadan sebagai bulan untuk melatih diri kita /disiplin dan Inshaa Allah ,akan terus melakukan kebaikan selepas berakhirnya bulan Ramadan. Yang penting , kita harus sederhana di dalam berbelanja di dalam bulan Ramadan.

God reigns supreme over his servants.
He sends guardians to watch over you,
and to carry away your soul at the moment of death;
these guardians never fail at their task.
At death all people are restored to God, their true Lord.
Judgment belongs to him, and he is swift in making it.

-Qur'an, Al-An'am, Surah 6:60-62

Posted by Lynn Ross at 8:42 pm | 0 comments
Tuesday, September 27, 2005

Posted by Lynn Ross at 10:44 am | 0 comments
Monday, September 26, 2005
10am anaa dah bersiap2 nak ke Jempol. Tp sebelum tu anaa ke Tesco beli brg makanan untuk Atheera, anak saudara anaa.

11am anaa gerak dari Tesco terus ke Jempol all by myself. Hari ni anaa seronok sangat dpt drive seorang diri dan berjalan jauh. Agak puas hati. Radio anaa pasang kuat2 buat teman. Sebenarnya, anaa tak de la sorang diri....anaa ditemani gak. Oleh driver2 lain...ehehe...kete2 lain yg guna jalan yg sama...depa ada gak jeling2...kerling2...;) Maknanya, anaa tak sorang. Ok ape... Ada satu kete tu...suka sangat ikut anaa...anaa potong..dia pun potong...anaa laju skit..dia pun laju skit. Tgk plate...Singapore. See...ada kwn! =)

Speeding gak semalam. Harap2 x de saman. Hihi..masa sorang2 ni la nak bwk laju. Kalau ada org..payah skit. Sepanjang perjalanan sume OK. Sampai kat bukit putus, ada jem skit..rupa2nya, ada accident. Seriau kejap! Iswara..teruk gak. Langgar tembok jalan kut. Sebab kete dia je kat situ. Ape yg anaa perati..banyak bangkai binatang tepi jalan. Kesian...

Anaa sampai di Jempol lagi 5 minit pukul 1pm. Lepas dah jemput Atheera & kwn2 dia. Kami ke Bahau. Shopping skit..then belanja depa makan. Panas betul cuaca kat situ. Dah selesai semua, hanto dia balik ke skolah nya...Anaa teruskan journey back to KL balik. Hurm..on the way back tu..anaa dah tak larat nak drive laju2. Nak memotong pun dah rasa malas. Tp, dalam keadaan penat tu pun, cecah 130km/h anaa drive. Hehehe...nak cepat sampai. Nak rehat kat rumah.

Sampai je kat rumah, anaa rehat2....Abang Long anaa pun sampai dari Seremban. Actually, hari ni hari merisik Abg Lang anaa..tp, it turns to Engagement. Kami sekeluarga dok pelik. Walaucamana pun, Alhamdulillah. Kiranya Abg Lang dah BERTUNANG lah ni.

Pastu, anaa terpaksa temankan abg lang anaa utk hantor nenek saudara anaa balik. Aduhai...ingatkan dpt la rest. Hurm...nasib baik ke Keramat je. Tak de la jauh. Then..kami kene ke Sepang lak. Utk fetch Abg Long & family. Itupun, sbb abg anaa kene pulangkan kereta yg dia sewa. Lagi penat. Dah pening kepala. Satu hari berjalan!

Sampai aje kat rumah..anaa mandi...makan skit..then tido. Tak larat dah! Yang penting semuanya Selamat. Alhamdulillah.

Sekian...
Posted by Lynn Ross at 12:43 pm | 0 comments
Monday, September 19, 2005
Hari ini anaa masih busy...busy mengatur hidup. Mengatur hidup yang semakin malas. Nak online pun dah tak rajin. Nak buat ape pun dah tak rajin. Entah mana la peginya segala selera. Tp, makan ttp boleh. Cam biasa. Bertambah2 pulak skarang ni. =)

Tiba-tiba anaa rasa hilangnya MANIS. Ish...rasa geram + marah pada diri sendiri. Entah bila nak berhenti ulang kesilapan yg sama. Terasa benci betul pada diri ni. Terasa ibarat 'Aku Tanpa Cintamu - Mirwana ft. Jay2'. Ha...gitulah rasanya.

Tapi, anaa tetap nak try ubah. Cuma skarang ni kurang daya. Terlalu banyak Syaitan yg menggoda. Anaa tak kuat mana. Bukan akur dengan pujukan dan helahnya. Cuma TAK KUAT!!!! Rasa nak PEKIK aje! Biar lepas. Tak de simpan2 dah. Kalau anaa pekik tiba2 karang...terkejut pulak semua org. Ngaper pulak jadi gitu. Iskk...payah...payah.

Esok anaa nya sahabat nak berhijrah ke Scotland. Ikut suaminya. Hurm...alangkah bestnya jadi sahabat anaa tu. Anaa gak la dok kat sini cam katak. Katak bawah tempurung. Alaa..dah rezeki dia. Sahabat anaa tidaklah bermastautin terus disana. Cuma akan duduk sana bukan sekejap. Lebih kurang 4 tahun ajer. Lama tu.... Dalam masa 4 tahun tu, katanya dia tak akan balik. Ternganga jap anaa masa dengar dia ckp gitu. Baby sahabat anaa tu baru berusia setahun lebih. Sure2 balik nanti dah dekat 5 to 6 yrs old. And slang ENGLISH. Pekat tu! Alamak, bagusnya. Ni semua dah tertulis. Dah begitu agaknya perjalanan hidup sahabat anaa.

By the way, sahabat anaa agak excited bila anaa kata 'InsyaALLAH, anaa dtg visit nanti'. =) Happy anaa bila ada org masih perlukan anaa. Ini pun, anaa masih tunggu call dari dia. Masih sibuk packing brg2 agaknya. Hurm..kesian pulak. Tp, x per. Sure best dpt gi sana.

Anaa hanya harap semuanya dalam keadaan SELAMAT. Semoga ALLAH melindungi mereka sekeluarga. InsyaALLAH. Ameen.

Anaa sudahkan blog ni kat sini aje la dulu. Sekian....
Posted by Lynn Ross at 11:23 pm | 0 comments
Allahumma salli 'ala,
Sayyidina,
Muhammadin an-Nabiyyi al-ummiyyi,
Wa 'ala alihi wa sahbihi wa sallim.
(O Allah, send your peace and blessings upon our Master Muhammad, the Unlettered Prophet, and upon his family and companions.)
O My Lord,
My sins are like
The highest mountain;
My good deeds
Are very few
They’re like a small pebble.
I turn to You
My heart full of shame,
My eyes full of tears.
Bestow Your
Forgiveness and Mercy
Upon me.
Ya Allah,
Send your peace and blessings
On the Final Prophet,
And his family,
And companions,
And those who follow him.

Posted by Lynn Ross at 12:05 pm | 0 comments
Saturday, September 17, 2005
Dah lama gak tak update blog nih. Hurmm...malas yg teramat! Ni pun, ada rasa nak tgk2 blog sendiri. Anaa takde idea nak cite ape bukan sbb x de pe buat. Mcm2 activity anaa lately ni...cuma, not really interesting. That's why!

One thing for sure anaa dah naik menyampah bukak website Jobstreet, MOHR, dan seangkatan dengannya. Setakat ini tak de menjanjikan apa2. Cuma hanya nak sedapkan hati aja je bila terbaca jawatan2 yg match dengan qualification anaa. Itupun, match skit aje tu. Tak de maknanya!!!!!!

Bunyi cam give-up eh! Tp, sebenarnya anaa tidak la give-up. Cuma anaa rasa nak stop jap tgk website2 gitu. Hari2 anaa belek akhbar The Star. Bila jumpa aje yg sesuai anaa terus email resume. Tp, tu la dia...sampai kini tak de ape2 respon. Anaa rasa tak de apa yg tak kena, cuma BELUM REZEKI. Itu lah selalu org ckp pada anaa utk sedapkan hati. =)

Tak per la...anaa tak salahkan sesiapa. Cuma ada rasa hairan dan pelik. Anyway, anaa still harapkan sesuatu dimasa akan datang nanti. Nak mengeluh dah tak larat nak mengeluh. Nak complain pun tak guna. Dok diam kat rumah, buat2 happy...and layan aje la perasaan dgn drama2 kat tv tu. =) Layan jugak cite2 kat tv skarang ni. Hehehe...

Anaa ended it here. Coz, nak tido...harap2 adalah sesuatu yg sgt berguna utk anaa. Ameen!

Daa....
Posted by Lynn Ross at 12:37 am | 0 comments
Tuesday, September 13, 2005
sometimes misunderstood u, sometimes scolded u, sometimes learnt from u, sometimes praised u, sometimes laughed at u, but i in anycase wanted u as my friend so plz do not betray me and do keep in touch. without u my friend, the days of the week are... sadday... mournday... tearsday... wasteday... thirstday... frightday... and... shatterday... thanks 4 being my friend... keep smiling. =)
Posted by Lynn Ross at 11:48 pm | 0 comments
Monday, September 12, 2005

Al-Mu'allim
We once had a Teacher
The Teacher of teachers,
He changed the world for the better
And made us better creatures,
Oh Allah we’ve shamed ourselves
We’ve strayed from Al-Mu'allim,
Surely we’ve wronged ourselves
What will we say in front him?
Oh Mu'allim...

He was Muhammad salla Allahu 'alayhi wa sallam,
Muhammad, mercy upon Mankind,
He was Muhammad salla Allahu 'alayhi wa sallam,
Muhammad, mercy upon Mankind,
Teacher of all Mankind.
Abal Qasim [one of the names of the Prophet]
Ya Habibi ya Muhammad(My beloved O Muhammad)
Ya Shafi'i ya Muhammad (My intercessor O Muhammad)
Khayru khalqillahi Muhammad (The best of Allah’s creation is Muhammad)
Ya Mustafa ya Imamal Mursalina (O Chosen One, O Imam of the Messengers)
Ya Mustafa ya Shafi'al 'Alamina(O Chosen One, O intercessor of the worlds)
He prayed while others slept
While others ate he’d fast,
While they would laugh he wept
Until he breathed his last,
His only wish was for us to be
Among the ones who prosper,
Ya Mu'allim peace be upon you,
Truly you are our Teacher,
Oh Mu'allim..

Ya Habibi ya Muhammad (My beloved O Muhammad)
Ya Shafi'i ya Muhammad (My intercessor O Muhammad)
Ya Rasuli ya Muhammad (O My Messenger O Muhammad)
Ya Bashiri ya Muhammad (O bearer of good news O Muhammad)
Ya Nadhiri ya Muhammad (O warner O Muhammad)
'Ishqu Qalbi ya Muhammad (The love of my heart O Muhammad)
Nuru 'Ayni ya Muhammad (Light of my eye O Muhammad)
He taught us to be just and kind
And to feed the poor and hungry,
Help the wayfarer and the orphan child
And to not be cruel and miserly,
His speech was soft and gentle,
Like a mother stroking her child,
His mercy and compassion,
Were most radiant when he smiled
Posted by Lynn Ross at 12:49 am | 0 comments
Friday, September 09, 2005
Have u ever missed someone and felt terrible because u think that he/she doesn't miss u? Missing someone is a terrible but at the same time, its a sweet feeling.

U will be sitting around wondering if u meant anything to him/her. Thinking if he/she ever cares about u.

Rushing to the phone once it rings hoping that it's him/her. Looking out of the window hoping that he/she will surprise u by appearing downstairs.

Sitting in front of the television but thinking of her missing the final episode of your favourite show. Laying on your bed, thinking of the last time u went out together.

Thinking of how nice it will be to sit under the stars again, talking about everything, yourdreams, plans, future.

Logging on to the internet hoping to see him/her online. When u realise that he/she isn't online and did not return your page, u will start worrying if he/she is okay.

Missing someone is a way of growing up i guess. It exposes u to loneliness. It teaches u how to cope with being lonely and let uknow that there is actually a feeling known as emptiness.

Sometimes it feels good to miss someone. U know that u really care and u indulgein the feeling of loving/caring for him/her. But missing someone and not knowing if he/she is feeling the same is terrible. U feel as if u are being left alone.

So if u miss someone, tell him/her and let them know. At the same time, ask if they miss u. Don't let the feeling of missing someone become jealousy or paranoid. If u are the one being missed and u know it, let the other party know if u miss him/her too, tell them.

Don't let them wait.
Posted by Lynn Ross at 11:31 am | 1 comments
Thursday, September 08, 2005
AsSalamualaykum,

Entry anaa:
Wednesday, September 07, 2005
Entah kenapa?
Terpaksa anaa delete atas tujuan peribadi. Anaa rasa tak perlu lagi anaa jadikan ia suatu blog sebab nanti orang fikir anaa hanya mahu simpati dari orang sahaja. :(
Walaucamanapun, anaa ucapkan terima kasih pada yang sudi dan masih sudi ambil berat tentang diri anaa. Maklumlah, condition manusia mcm anaa ni bukannya baik sangat. :) Bukannya apa, kadang-kala kita tak tau bentuk ujian yang ALLAH nak beri pada kita. Bila terhantuk barulah tersedar. Dan masa tu, cara bertindak yang macamana kita akan pilih. Rasional atau tidak.
Terima kasih lagi sekali yea! Anaa benar-benar appreciate :) Anaa nak masak nasi untuk malam, sebab hari ini anaa puasa. Sempat lagi anaa puasa. :) Setidak-tidaknya kalau jadi sesuatu, tidaklah teruk sangat akibat makan yang terlalu banyak. Opss...anaa dah mula nak mengarut. Anaa akhiri dengan ucapan WasSalamualaykum. :)
Posted by Lynn Ross at 5:50 pm | 0 comments
Wednesday, September 07, 2005

Posted by Lynn Ross at 12:07 pm | 0 comments
Tuesday, September 06, 2005

Alhamdulillah...
Anaa dapat new sandal from anaa punya brother. Katanya "Hadiah Grad!" Hehehehe.. Walaupun ia hanyalah sepasang sandal dan digunakan hanya dikaki, untuk dipijak2..anaa tetap bersyukur. Kalau nak harap anaa sendiri, anaa tak kan beli sandal tu. Sebab, anaa ni sayang skit duit kalau nak bershopping. :) Melainkan terpaksa dan memerlukan sangat2. Thank you abang lang. =)
Posted by Lynn Ross at 12:23 pm | 0 comments
Sunday, September 04, 2005

Bismillah hirrohmannirrahim..

Syukur Alhamdulillah hari ini anaa dikurniakan Ijazah Pengurusan Bisnes (Kepujian) major Pembangunan Usahawan. Awal pagi anaa bertolak ke campus bersama parents anaa. Sampai kat sana agak awal, tunggu punya tunggu...anaa di panggil utk berkumpul dibelakang dewan utk check kedatangan. Seronok pulak jumpa kwn2 lama. :)

Masa kat belakang dewan tu la kami bersiap2 betul2kan mortar board, pakai jubah...tidak ketinggalan bergambo... hehehe...tu yg penting. Agak lama kami berposing kat belakang tu. Anaa pulak sibuk practice curtsy. Kekekee....maklumlah..anaa ni bukannya biasa jumpa org atau ke majlis2 formal cam gitu. Agak lama gak kami kene tunggu kat belakang dewan tu sementara menunggu VVIP dtg.

Apabila kami dipanggil utk masuk ke dewan, anaa terus ketar...dah la anaa row pertama, anaa org terakhir dlm row tu..sabor aje la. Banyak kali anaa baca ayat kursi utk tenangkan hati anaa...Alhamdulillah anaa berjaya control. Lepas dah duduk..ucapan dah disampaikan...tibalah masanya utk menyerahkan ijazahnye...yeahaa.. lagi debar anaa dibuatnya. Kami semua mulalah beratur..dan nama diumumkan satu persatu.

Selepas dah terima betapa leganya rasa...Alhamdulillah...anaa pun kembalilah ke tempat duduk. Bila duduk lama sangat...anaa mulalah resah...asyik bersembang aje dgn kwn sebelah. Masing2 dok gelak..buat lawak yg ntah hape2...hehehe. It was fun!

Tamat je upacaranya..terus cari member...tangkap gambo. Best..best... Sebelum tu anaa cari parents anaa utk salam kerana telah merestukan anaa sehingga anaa dianugerahkan ijazah tu. :) Lepas dari tu, anaa jln2 cari member..utk tangkap gambo. Anaa ni bukanlah bersakan bergambor..tp, bila lagi. Lepas ni dah susah nak jumpe.

Walaucamanapun, anaa nak ucap thank you kat Hidayah sbb bagi anaa bunga. Itu lah satu-satunya bunga yang anaa dpt. Alhamdulillah...ada gak org ingat dan baik hati bagi kat anaa. Thank you so much! Tak lama lepas tu, anaa pun cari parents anaa...ajak depa balik. Dah tak larat nak dok kat situ lama2. Panas pulak pakai jubah tu. :)

One thing for sure, parents anaa sure bangga dgn satu-satunya anak perempuan mereka ni. Hehehe...Kami decide nak celebrate later combine skali ngan adik anaa. Next two weeks kut adik anaa pulak convo. Musim convo..ekekeke..

Sekian, wassalam.
Posted by Lynn Ross at 5:44 pm | 2 comments