Wednesday, September 28, 2005


Place : Masjid At-Taqwa , Taman Tun Dr Ismail.
Date : 16 Syaaban 1426H.
Penceramah : Dr Fatma Az Zahra.
Agenda : Solat Tasbih & Tazkirah menyambut bulan Ramadan.

Kelebihan Solat Tasbih :

Nabi Muhammad sallallahu 'alayhi wa-sallam pernah bersabda bahawa di antara kelebihan solat tasbih itu adalah ;
  • dapat memberi ketenangan hati kepada mereka yang melakukan solat tasbih.
  • Inshaa Allah , hajat mereka yang melakukan solat tasbih akan dimakbulkan Allah Azza Wa Jalla
  • Inshaa Allah , diampunkan 10 dosa2 besar orang2 yang ikhlas melakukan solat tasbih

Oleh kerana itu , kita dianjurkan agar melakukan solat tasbih tiap2 hari , kalau tidak boleh, seminggu sekali , jika tidak mampu , sebulan sekali .Jika masih tidak upaya , setahun sekali , dan jika masih tidak dapat juga , cubalah melakukan solat tasbih sekurang2nya sekali seumur hidup.

Menyambut Ramadan :

Imam Ghazali pernah berkata , di dalam mempersiapkan diri untuk menyambut bulan Ramadan, Nabi Muhammad sallallahu 'alayhi wa-sallam pernah bersabda yang baginda mempersiapkan dirinya 6 bulan sebelum Ramadan dan 6 bulan selepas Ramadan. Ini bermakna , yang Nabi Muhammad sallallahu 'alayhi wa-sallam mempersiapkan dirinya selama 1 tahun untuk kedatangan bulan Ramadan.Baginda juga berdoa agar Allah Azza Wa Jalla menerima puasa dan amalannya dalam bulan Ramadan.

Jika beribadat dengan ikhlas di dalam bulan Ramadan , Allah Azza Wa Jalla akan gantikan buku catatan kita dengan buku yang baru yang tiada catatan apa2 dosa di dalamnya seperti orang yang kembali ke jalan Allah Azza Wa Jalla. Kita juga perlu menyiapkan diri dengan nawaitu yang ikhlas untuk beribadat di bulan Ramadan dan berusaha supaya Ramadan ini adalah Ramadan yang lebih baik dari Ramadan yang sebelumnya.

Di antara perbuatan2/kelakuan yang perlu di ambil perhatian semasa bulan Ramadan ;

  • jangan terlalu banyak cakap benda2 yang tidak berfaedah.
  • jangan tengok tv banyak2 / dengar muzik /lalai dengan hiburan.
  • puasa bermakna bukan hanya tidak makan dan minum tetapi puasa mata/telinga dan sebagainya.
  • mesti lawan nafsu , dan jaga kepentingan masa.
  • daripada tengok tv dan dengar muzik , lebih baik habiskan masa datang ke surau/masjid , pergi majlis ilmu,baca Al Qur'an , dengar bacaan Al Qur'an.
  • cakap bohong , mengumpat,maki hamun orang boleh membatalkan puasa.
  • kalu terkeluar perkataan yang tidak baik dari mulut kita dan kita tersedar , letak tangan atas mulut dan cakap 'aku puasa' 3 kali.

Nabi Muhammad sallallahu 'alayhi wa-sallam pernah bersabda yang bermaksud ;"Barang siapa yang puasa Ramadan dengan cukup iman dan kesabaran dan berharap Allah Azza Wa Jalla ampunkan dosanya ,semua amalannya digandakan 70 kali pahala".

Sebelum kedatangan bulan Ramadan ini , lakukan solat taubat dan kajilah diri kita akan kelemahan yang ada pada kita dan cuba disiplinkan diri kita di dalam bulan Ramadan. Apa kelemahan yang ketara di dalam diri kita ?

  • suka shopping ? suka beli baju banyak2 walau dalam rumah ,baju dah penuh 10 almari
  • suka beli kasut /beli handbag / kumpul minyak wangi berbotol2 atas meja.

Apa guna puasa jika berkelakuan macam adik beradik syaitan/Bila bulan puasa , perbelanjaan bertambah sebab semua benda nak beli .Beli kuih muih macam2 warna - hijau /merah /kuning - penuh satu meja macam pelangi.

Jadikan bulan Ramadan sebagai bulan untuk melatih diri kita /disiplin dan Inshaa Allah ,akan terus melakukan kebaikan selepas berakhirnya bulan Ramadan. Yang penting , kita harus sederhana di dalam berbelanja di dalam bulan Ramadan.

God reigns supreme over his servants.
He sends guardians to watch over you,
and to carry away your soul at the moment of death;
these guardians never fail at their task.
At death all people are restored to God, their true Lord.
Judgment belongs to him, and he is swift in making it.

-Qur'an, Al-An'am, Surah 6:60-62

Posted by Lynn Ross at 8:42 pm |

0 Comments: