Sunday, March 12, 2006


Alhamdulillah...semua dah selesai. Abang anaa selamat diijab kabulkan pada pukul 10am tadi. Happy anaa semua dah selamat. Partly, anaa orang yang paling sedih sekarang ni. Al-maklumlah, satu-satunya abang yang paling anaa close and ngam dah leave the house. To whom should I tell my prob. and share some good story with after this, I don't know. It will be no longer fun as before. :((

During the akad, I'm the most nervous person as though as I'm the bride. Hurm..

Pagi-pagi lagi anaa dah mula rasa sedih sbb I'll be missing my brother so much after this. Masa siap-siap..rasa mcm nak nangis pun ade. Bergenang aje air mata ni. Tapi, kuatkan hati..tahankan juga. Lepas dah siap, kami semua gerak 8 kete. Anaa drive kereta kesayangan anaa tu with neighbour nx door and my aunt.

Tiba di masjid, 9.20am. Janji 9.30am. Tok kadi arrive 9.45am. At the same time, pengantin perempuan pun sampai. Cite punya cite...akad nikah berlangsung. Orang yg second sedih, abah anaa dan ummi. Tapi, mereka ni pandai control. Dalam hati, anaa pasti mereka sedih. Anak yang paling menceriakan suasana dah tak tinggal sama.

Lepas tu, kami dok rehat di area Paroi..Pukul 1.00 kami gerak ke rumah pengantin perempuan. Dah angkat brg hantaran semua..mulalah acaranya. Anaa mcm biasa, berlagak cool seolah-olah anaa mmg cool...tp, sebenarnya tidak. Bersanding, menepung tawar pas tu makan. Duduk sebentar sementara menunggu utk penukaran barang hantaran. Kami pulang dengan 11 bakul.

Keluar dari Seremban dalam pukul 2.45pm. Panas sungguh cuaca di Seremban tu. Huushh...
On the way back, hujan pula turun..dan tak lama lepas tu hujan berhenti la. Sampai di rumah dalam pukul 3.45pm. Alhamdulillah...

Camana pun, anaa sedih..dah tak de kwn nak sembang, gelak, bahan org, dll. Kawan yg sama gile, sekepala, kawan yg asalnya abang anaa. :(( Bila dalam keadaan begini, anaa rasa nak kawin cepat. Supaya anaa ada kwn yg boleh sembang, gelak, bahan, gile, sekepala sama. Then anaa akan lebih happy. Insya ALLAH. :)

To abang anaa, Selamat Pengantin Baru. Jadilah suami yg bertanggungjawab dan ikhlas kerana ALLAH ta'ala dalam setiap perkara. Anaa sentiasa doakan yang baik-baik utk both of you. InsyaALLAH.

I'll be leaving soon. To Indonesia for 5 days. Looking forward to see you on Sunday at the ballroom. Take care..maassalamah.

Lynda.

Posted by Lynn Ross at 11:00 pm |

0 Comments: