Friday, April 28, 2006
  1. Barangsiapa yang merasa malu kepada Allah dalam ketaatannya, Allah akan merasa malu kepadanya saat ia berbuat dosa.
  2. Malam itu panjang, maka janganlah engkau memendekkannya dengan tidurmu. Siang itu bersih, maka jangan engkau mencemarinya dengan dosa-dosamu.
  3. Barangsiapa yang berkhianat terhadap Allah dengan diam-diam, Dia akan membuka rahsianya dengan terang-terangan.
  4. Padang di dunia ditempuh dengan jalan kaki dan padang di akhirat ditempuh dengan hati.
  5. Barangsiapa yang kalbunya selalu disertai dengan kebaikan, nescaya keburukan tidak akan dapat membahayakannya. Barangsiapa yang selalu disertai dengan keburukan, nescaya kebaikan tidak akan berguna baginya.
  6. Janganlah anda menuntut ilmu kerana riya’ dan jangan pula anda meninggalkannya kerana malu
  7. Dunia adalah jambatan akhirat. Oleh kerana itu, seberangilah ia dan jangan anda jadikannya sebagai tujuan. Tidaklah berakal orang yang membangun gedung-gedung di atas jambatan.
  8. Musibah paling besar yang menimpa orang bijak ialah bila sehari yang dilaluinya tidak menyebabkan ia mendapat hadiah dari Tuhannya, yakni hikmah yang baru.
  9. Ketahuilah, barangsiapa yang mengutamakan makhluq-Nya daripada Khaliqnya, tentulah Tuhan tidak akan menghormatinya.
  10. Ambillah dari dunia sesuatu yang dapat menjadi bekal untuk akhirat anda dan jangan anda mengambil dari dunia sesuatu yang menghalangi akhirat anda.

Dipetik dari buku Siyaathul Quluub karangan Dr. ‘Aidh bin ‘Abdullah al-Qarni

Posted by Lynn Ross at 7:17 am |

0 Comments: