Thursday, May 25, 2006
Location : Masjid Al Taqwa - Taman Tun Dr Ismail
Date : Tuesday , 18 Rabiul-akhir 1427H
Penceramah : Dr Fatma El -Zahra
Topic : Tafsir Al Qur'an - Surah An Nisaa' ( ayat 31-43).


Surah An Nisaa' ( ayat 31 - 43 ) :

1) Ayat 31 - Ayat ini mengingatkan kita untuk menjauhi dosa2 besar. Jika kita jauhi dosa2 besar,Allah Azza Wa Jalla akan ampunkan dosa2 kecil kita.Allah Azza Wa Jalla siapkan diri kita sebelum berbicara tentang dosa2 besar.Allah Azza Wa Jalla beri kita incentive - jauhi dosa2 besar dan dosa2 kecil diampunkan.

Ada 76 jenis dosa2 besar di dalam Islam.Kadang2 kita terlibat didalam melakukannya tanpa kita sedari.Contoh satu dosa besar yang mana kita kadang2 unaware kita buat ialah mengorek rahsia orang. Sometimes kita nampak orang pergi pasar beli barang banyak ,kita pun tanya , "Eh banyaknye beli ayam , nak buat kenduri ke , bila nak buat ,kenapa nak buat kenduri ? Kita tidak boleh tanya orang banyak2 soalan , lagi-lagi kalu orang memang tak nak share dengan kita.

Contoh lain ialah bila kita kutuk orang dan kita panggil orang dengan nama2 tidak baik seperti anjing/beruk dan sebagainya. Orang itu marah dan kutuk kita balik.Perbuatan kita telah menyebabkan kutuk mengutuk ini berlaku.Ini juga dosa besar dan dosa besar hanya boleh dihapuskan dengan bertaubat.

7 dosa besar yang biasa disebut kita memang tahu , tetapi memang ada banyak lagi dosa2 besar yang kita mesti ambil tahu.Dr Fatma cadangkan membaca sebuah buku karangan Sheikh Az-Zahabi yang discuss 76 jenis dosa2 besar.

Kalu boleh hafalkan ayat ini , adalah lebih baik bagi kita kerana ayat 31 ini lebih afdal dari dunia dan seluruh isinya.


2) Ayat 32 - Satu lagi contoh dosa besar ialah tidak redha dengan apa yang kita ada. Setengah perempuan berkata 'Alangkah bagusnya kalu aku ini lelaki ,senang hidup aku". Suatu ketika , Musalamah r.a. pernah bertanya kepada Rasulullah sallallahu 'alayhi wa-sallam beberapa persoalan seperti ; kenapa semua Nabi itu lelaki dan pergi berjihad juga kaum lelaki ? Kenapa tidak perempuan dan sebagainya . Lalu Allah Azza Wa Jalla turunkan ayat ini .

Samada kita dilahirkan sebagai lelaki atau perempuan ,kita mempunyai tugas masing2 yang harus dilaksanakan. Lelaki ada tugasnya yang tersendiri dan perempuan juga mempunyai tugas dan tanggungjawab mereka yang tersendiri. Jangan complaint.

Apa sahaja yang kita mahukan ,mintalah dari Allah Azza Wa Jalla.


3) Ayat 33 - Harta benda waris telah ditetapkan/nasakh-kan.Ayat ini diturunkan sebelum turun hukum Faraid dalam Surah Al Maidah.


4) Ayat 34 - Ayat ini menerangkan yang lelaki adalah pemimpin dan pengawal kepada perempuan.Leadership is with the husband/ man.Kalu perempuan pun nak jadi ketua susha la.Satu kapal tidak boleh ada 2 orang kapten. Allah Azza Wa Jalla memberi keistimewaan kepada lelaki untuk menjadi ketua/leader.Orang perempuan ada banyak emosi dan kelemahan.Itu aturan alam.Bukan sesuatu yang boleh ditukar.

Cuba tengok contoh orang perempuan beli kasut.Boleh masuk 2-3 kedai try semua kasut tapi masih tak beli kasut. Datang lagi hari lain cuba lagi kasut2 di kedai lain.Tapi orang lelaki ambil masa 10 minit boleh beli kasut.Most perempuan fickle minded and undecided.

Ayat ini juga menerangkan tentang beberapa ciri wanita solehah , yakni ;
wanita yang taat kepada Allah Azza Wa Jalla.
taat pada Rasulullah sallallahu 'alayhi wa-sallam.
jaga harta/maruah / rahsia suami.
mengikut perintah suami.

Ayat ini menerangkan tentang cara2 suami perlu lakukan jika isteri nusyuz/derhaka ;
nasihatkan isteri - jangan hanya diamkan diri atau tunjuk muka masam.Suami mesti memberi nasihat kepada isteri jika isteri derhaka.
jika isteri masih degil , hijrah dalam tempat tidur. Tidur satu katil tapi tidak ada seks /belai2/ sayang2 etc.Tapi jangan tidur bilik lain atau pindah tidur hotel kerana itu akan memusnahkan perkahwinan.
jika masih degil - dibolehkan memukul isteri.Tapi jangan pukul muka atau sampai menyakitkan /melukakan isteri.

Hadith sahih dari Rasulullah sallallahu 'alayhi wa-sallam menyatakan jika suami hendak bermesra dengan isteri di tempat tidur dan si isteri menolak,maka malaikat akan melaknat isteri itu dari malam hingga ke pagi. What if the isteri mati malam itu , sudah dikira derhaka dan boleh masuk neraka.

Hadith lain menyatakan jika dibolehkan manusia menyembah manusia lain , maka akan diperintahkan para isteri menyembah suami mereka. Ini menunjukkan betapa seorang suami harus dihormati oleh sang isteri.


5) Ayat 35 - Jika selisih faham antara suami and isteri masih berterusan, lantiklah wakil dari kedua-dua pihak lelaki dan perempuan untuk berdamai. Jika mereka ikhlas untuk mendamaikan ,maka Allah Azza Wa Jalla akan permudahkan urusan mereka.


6) Ayat 36 - Hendaklah kamu taat kepada Allah Azza Wa Jalla dan jangan sekutukan-Nya kerana syirik adalah satu dosa besar. Berbuat baiklah kepada ibubapa , kaum kerabat/keluarga,anak yatim,jiran tetangga ,sahabat handai ,musafir, pembantu/hamba kerana Allah Azza Wa Jalla benci kepada orang2 yang angkuh dan sombong.


7) Ayat 37 - Satu dosa besar kedekut dan dalam masa yang sama menyuruh orang lain menjadi kedekut seperti dirinya."Ala , tak payahlah sedekah banyak2 sangat.RM1 cukuplah , orang lain pun bagi RM1 aje."

Satu lagi golongan yang dibenci Allah Azza Wa Jalla ialah mereka yang ada duit/harta tapi cakap tak de duit.Jangan tak mengaku nikmat Allah Azza Wa Jalla.Ada orang sengaja pakai baju buruk2 , tak nak orang tahu dia ada duit . Kalu kita memang ada duit , tidak salah untuk pakai baju cantik asal aje tidak berniat untuk riak dan sombong.Jika Allah Azza Wa Jalla beri nikmat kepada hamba-NYA , Allah Azza Wa Jalla mahu kita bersyukur dan nampak nikmat itu pada kita.

Allah Azza Wa Jalla siapkan seksa bagi orang2 kafir di akhirat kelak.


8) Ayat 38 - Ada satu lagi dosa besar.Bersedekah tetapi hendak menunjuk-nunjuk.Niat itu penting , jika bersedekah dengan niat nak tunjuk banyak duit - dosa besar.Mereka ini tidak beriman pada Allah Azza Wa Jalla dan hari akhirat. Ada yang bersedekah , nak masuk tv , tunjuk pegang cheque besar RM500 ribu. Tapi jika sedekah RM500 ribu dan masuk tv tapi dengan niat supaya orang lain sama2 sedekah ,tidaklah dikirakan dosa besar kerana hendak galakkan orang lain bersedekah juga.

Siapa yang memilih syaitan sebagai sahabat,itulah seburuk2 teman.Siapa yang tidak pernah solat/zikir/baca Al Qur'an ,Allah Azza Wa Jalla lantik satu syaitan sebagai teman baik untuk dirinya.Hiduplah dengan 'teman baik' ni sampai mati.


9) Ayat 39 - Apa salahnya jika beriman dengan Allah Azza Wa Jalla dan hari akhirat dan pada masa yang sama infaq ( bersedekah ) rezeki kita pada yang memerlukan.Satu hadith qudsi menyeru anak Adam supaya memberi dan bersedekah kerana , lebih banyak kita memberi,lebih banyak Allah memberi kepada kita.

Jibrail a.s. pernah berkata kepada Rasulullah sallallahu 'alayhi wa-sallam ; Walau bagaimana sekali pun kita hidup,kita akan mati.Walau cinta dan kasih pada seseorang sekali pun , akan berpisah juga akhirnya.Tapi bila bersedekah,kita akan bertemu semula dengan sedekah kita itu di akhirat kelak. Sedekah menghapuskan dosa sepertimana air memadamkan api yang bersemarak.

Sedekah yang kita beri/harta yang kita belanjakan di jalan Allah Azza Wa Jalla/perbelanjaan yang kita keluarkan untuk menolong orang yang susha - itulah harta kita yang sebenarnya dan bukan duit yang kita simpan dalam bank.Rasulullah sallallahu 'alayhi wa-sallam pernah bersabda yang orang yang cerdik ialah orang yang selalu ingat pada Allah Azza Wa Jalla dan bersedekah.


10) Ayat 40 - Allah Azza Wa Jalla tidak pernah menganiaya/menzalimi hamba-NYA walau sebesar zarrah sekalipun. Dan jika amalan hamba-NYA adalah seberat zarrah itu ,maka Allah Azza Wa Jalla akan gandakan amalan itu disisi-NYA.


11) Ayat 41 - Tiap2 umat mempunyai saksi.Saksi untuk umat Nabi Muhammad sallallahu 'alayhi wa-sallam ialah Nabi Muhammad sallallahu 'alayhi wa-sallam sendiri dan kita adalah saksi untuk umat2 lain.

Nabi Muhammad sallallahu 'alayhi wa-sallam pernah menyuruh sahabat baginda bacakan ayat ini pada baginda. Baginda menangis bila ayat ini dibaca. Baginda amat sayang kepada kita.Kalu kita sayang pada Rasulullah sallallahu 'alayhi wa-sallam , kita patut turut ajaran baginda.Apa baginda buat kita buat dan apa yang baginda tinggalkan , kita pun tinggalkan.


12) Ayat 42 - Pada hari yang mana Rasulullah sallallahu 'alayhi wa-sallam menjadi saksi nanti,orang2 kafir akan merasa malu pada Allah Azza Wa Jalla dan Rasulullah sallallahu 'alayhi wa-sallam.Mereka berkata alangkah baiknya jika mereka ditelan bumi atau jadi tanah kerana malu yang amat sangat. Ini kerana pada masa itu,segala dosa dan perbuatan mereka akan dikeluarkan dan tidak dapat disembunyikan lagi.


13) Ayat 43 - Islam or rather Al Qur'an diturunkan berperingkat /in stages.Semasa ayat ini diturunkan , orang Islam diperintahkan agar tidak mengerjakan solat jika mereka berada di dalam keadaan mabuk.Di dalam Surah Al Maidah - arak diharamkan terus.Kalu mengantuk sangat pun tidak boleh solat.Jika berada di dalam keadaan berjunub , dilarang masuk masjid juga hinggalah sudah bersuci.

Mazhab lain membolehkan suami mencium isteri (asal saja tidak ghairah ) dan kemudian mengerjakan solat.Mazhab Shafie melarang bersentuhan ,jika bersentuh ,kena ambil wudhu' semula.Sebagai orang Islam -lain kulit /lain bangsa /lain negara ,kita harus pelajari tentang Mazhab2 lain. Di Mekah ,imam tidak baca doa qunut semasa solat Subuh,tetapi di Malaysia ,kerana kita ikut Mazhab Shafie, kita baca doa qunut dan jika lupa baca doa qunut ,kita buat sujud sahwi. Itu tidak bermakna solat di Mekah tidak sah kerana tidak baca doa qunut.

Kalu tidak ada air, kita boleh tayammum dengan debu/pasir/pokok/tumbuh-tumbuhan.Tayammum dengan apa saja yang ada di muka bumi ini.Setengah Mazhab ( bukan Shafie ) membolehkan kita bertayammum dengan dinding.Begini ceritanya - katakan kita berada di hospital. Tengah malam terjaga lalu ingin solat malam.Tetapi tidak ada upaya untuk bangun ambil wudhu'. Lalu kita dibolehkan tayammum dengan dinding disebelah katil kita.Kita sapu kedua tapak tangan pada dinding dan sapu pada muka dan tangan. Ini adalah kerana dinding itu asalnya simen ,simen asalnya tanah - saidan toyyiba - Tayammum dengan apa saja yang ada di atas muka bumi ini.

Fatwa terkini dari Arab Saudi - jika kita tidak ada wudhu' dan berada dalam keadaan tidak suci kerana ada penyakit buang air kecil tidak lawas ( buang air kecil tapi masih tidak 100% sebab ada lagi menitis ) ,tetap kena solat. Kena sumbat lubang air kecil dan kerjakan solat.

The moral of the story - Kita sebenarnya tidak punya alasan untuk tidak bersolat.

Kelas akan disambung pada bulan depan .


It was God who made the hearts of the faithful serene,
so that their faith could grow stronger.
To God belong the armies of both the heavens and the earth.
God is wise, and knows all.

-Qur'an, Al-Fath, Surah 48:4


Establish worship at sunset until the darkness
of the night and recite the Qur'an at dawn,
for the recitation of the Qur'an at dawn
is witnessed by all that is holy.

-Qur'an, Al-Isra, Surah 17:78
Posted by Lynn Ross at 3:50 pm |

0 Comments: