Thursday, July 13, 2006
Tadi pagi anaa ke Jln. Raja Laut. Pergi ambil borang. Borang apa lagi kalo tak minta kerja. Dah daif sangat situasi anaa sekarang. Mencari kerja yang tetap dan juga berpendapatan tetap. Dalam arti kata lain, lebih terjamin la. Ada EPF,Socso, dan benefit2 lain.

Itu pun, tadi pagi anaa terlambat signal, terlepas tempat parking kereta. Aduh..pusing..terus parking kat Maju Junction. Gile pening, parking dia pusing2 sampai tingkat 3 tu. hee hee..Selesai parking, terus turun bwh, cross jalan, jalan skit sampai la tmpt yg dituju. Dah ambil borang, cross semula jalan, singgah MARA jap beli hazelnut brownies. Nyum! Nyum! Lepas dah beli, jalan semula ke Maju Junction. Naik atas sampai ke kereta.

Keluar dari Maju Junction, anaa terus ke Bangsar beli lauk mkn siang. Hurm, pusing 2 round disitu, baru dpt parking. Dah lah parking sebelah BMW X3. Perghh...anaa jeling2 aje la kereta tu. Nak beli tak mampu. Huhuhu.. Tengok aje la. Yang best tu, tadi banyak pulak BMW, iskk... tak boleh tahan tul la tgk kereta2 ni. Tapi anaa setia pada yang satu, echechee... iaitu X5. Tolonglah, kalo anaa pake kereta tu, alamat tido dalam kereta aja la. kekeke..sbb tak mampu nak beli/bayar sewa rumah. :))

Dah beli lauk, anaa terus balik. Pastu, buat research skit2. Ptg keluar lagi. Dengan ummi anaa lak. Itu aje la utk hari ni. Daaa...
Posted by Lynn Ross at 8:09 pm |

0 Comments: