Wednesday, August 31, 2005
Alhamdulillah..Merdeka sekali lagi.

Awal pagi anaa dah ke UIA Gombak utk "Kursus Penghayatan Sifat Solat Nabi Muhammad S.A.W." Anaa tiba disana tidak terlalu awal dan tidak terlalu lewat. Selepas daftar diri anaa pun cari tempat duduk. Dalam 10 minit berlalu sempat anaa lihat keliling dan anaa ternampak college-mate anaa dulu. Baiknya anak lelaki temankan emaknya ke kursus begini. Buleh tahan ramai jugak pesertanya. Ikut kata Ustaz Hj Zaharuddin ada dlm 230 orang yg mendaftar. Alhamdulillah. Sebulan anaa menantikan kursus ni. Inilah harinya. Maklum lah, anaa mmg tak sabar sikit dalam bab2 agama ni. Nak belajar dan nak tahu secepat mungkin.

Pembentang:
Ustaz Hj Zaharuddin Hj. Abd Rahman
B.A (Hons.) Usuluddin, Univ. Malaya Malaysia
M.A (Jayyid Jiddan), Shariah, Univ. Al-Yarmouk, Jordan
Ustaz juga ada remind yang kita kalau nak mengikuti mana2 majlis agama hendaklah kita ketahui siapakah penceramahnya, latar belakang penceramah atau kelulusan penceramah tu. Nanti jadi mcm hal Kerajaan Teko Ayah Pin pulak.

Ustaz mulakan dengan ceramahnya yang pertama. Anaa beri tumpuan sepenuhnya. Mula dgn wuduk. Ustaz explain semua yang berkaitan dengan bagaimana Rasulullah S.A.W. lakukan. Dari situ anaa dah mula merasakan yg cara anaa berwudhu sebelum ni ada silapnya. Ustaz ada tunjuk video cara berwudhu yg sebenar. Kemudian, Ustaz terangkan pula dari segi menghadap kiblat. Tentang 'sutrah'. Cara berdiri yang betul, jarak diantara dua kaki, niat, cara mengangkat takbir, arah pandangan mata ketika solat, cara sebutannya dan macam-macam lagi.

Terlalu banyak untuk anaa sharekan. Tapi, tak termampu pulak anaa nak type secara detail dlm blog ni. Nasihat anaa ikutilah kursus yang dianjurkan dan dengar serta pelajarilah apa yang disampaikan. Anaa guarantee sesiapa pun tak akan menyesal. Ustaz menerangkan berdasarkan Dalil Hadith, Quran & Sunnah. Dan Ustaz ada juga menerangkan berdasarkan mazhab Syafie, Hanafi, Hambali dan Maliki.

Selain daripada tu, Ustaz juga explain cara sembahyang yang sempurna. Cara Rasulullah S.A.W. bersolat. Dalam kursus tadi juga, Ustaz ada terangkan bagaimana nak dapat solat yang khusyuk.

Kursus ini meliputi dari awal hingga ke akhirnya solat. Dari wudhu hinggalah memberi salam.

Selama ini, kita bersolat hanya mengikut orang. Bagaimana orang tua-tua ajar kita, begitulah kita lakukan. Kita tidak tahu nikmat sebenar sesuatu solat tu. Kini anaa lebih rasa manisnya bersolat. Baru anaa faham. Jika diizinkan ALLAH, anaa nak pergi lagi kursus yg sama ataupun majlis2 ilmu yang lain. Tuntutlah ilmu sampai ke liang lahad.

Kursus tamat 6.30 petang. Terlalu banyak yang dipelajari dalam satu hari. Anaa terlalu letih setelah tamatnya kursus tu. Yang penting anaa tidak balik dengan tangan yang kosong. Anaa pulang dengan ilmu didada. Tapi percayalah setiap perkara baik yang kita lakukan pasti ada ganjarannya. Niat yang baik kerana ALLAH Taala pasti ada syafaatnya. Sepanjang kursus tidak sekali pun anaa berasa mengantuk. Alhamdulillah. Semoga Anaa terus berada dalam lindungan ALLAH.

Hari ini anaa berjaya meMerdekakan diri anaa dari solat yang sia-sia. Insya ALLAH.

Sekian, wassalam.
Posted by Lynn Ross at 10:20 pm |

0 Comments: