Berkata Sayidatina Aisyah ra:
"Bid'ah yg mula dilakukan selepas kewafatan Nabi saw ialah makan dgn sekenyang-kenyangnya kerana sesuatu kaum yg sentiasa kenyang, maka nafsunya akan mengarah kepada kehendak dunia."
Rasulullah saw bersabda yg bermaksud:
"Malaikat langit tidak mendekati mereka yg perutnya penuh makanan."
Sabda baginda lagi yg bermaksud:
"Sesungguhnya syaitan menyusup masuk ke dalam badan anak Adam dengan melalui saluran darah, maka hendaklah kamu sempitkannya dengan berlapar & berdahaga."
Sabdanya lagi bermaksud:"Sentiasalah ketuk pintu syurga nescaya dibukakan kepada kamu. Aisyah R.A bertanya bagaimana kami sentiasa mengetuknya? Jawab baginda: Sentiasalah berlapar & berdahaga."
Menurut ulama sufi antara beberapa kebaikan berlapar termasuklah:
- Bersih hati dan tajam pandangan hati.
- Hati nurani dapat merasai nikmat bermunajat dan zikir kepada Allah serta kesan terhadap ibadat.
- Menimbulkan rasa hina diri terhadap Allah serta jauh diri daripada persaan marah, ganas dan derhaka.
- Ringan badan untuk beribadat termasuk bertahajjud ditengah malam.
Di petik dari buku :Kehidupan Hati Untuk Sampai kepada Tuhan yang Dikasihi"