Wednesday, November 02, 2005

Cermin untuk melihat tanda ahli syurga atau ahli neraka.

Peranan ilmu dan fadhilatnya ,renunglah petunjuk berdasarkan sabda Rasul-Allah sallallahu 'alayhi wa-sallam yang bermaksud ;

"Sesiapa yang dikehendaki baik (khairan) oleh Allah Azza Wa Jalla,maka Allah Azza Wa Jalla akan meluaskan pengetahuannya dalam hukum-hukum agama dan akan di ilhamkan-NYA petunjuk di dalamnya".

Hadith tersebut bukan sahaja sebagai pedoman,bahkan jadi alat pengukur untuk mengetahui secara dasarnya,sama ada seseorang itu sebagai orang yang mendapat suratan kebajikan di tangan kanan (ahlul yamin ) atau orang yang mendapat suratan kejahatan di tangan kiri (ahlus syimal) di akhirat kelak.

Hadith tersebut sebagai petunjuk untuk mengetahui samada diri seseorang jadi ajen malaikat atau ajen syaitan,sama ada seiring dengan Nabi Muhammad sallallahu 'alayhi wa-sallam ke syurga,atau sejalan dengan Firaun ke neraka.Lihat dan pastikan sikap serta amalan diri sehari-hari ,adakah
mempunyai kecenderungan untuk membetulkan segala perbuatan dengan kehendak agama atau sebaliknya.


Jika ada usaha membetulkan perbuatan dan tutur kata dengan kehendak Islam,maka ia suatu tanda bahawa mereka sedang mendekati kepada kebajikan ( khairan ) ,seperti yang disebut dalam hadith Nabi Muhammad sallallahu 'alayhi wa-sallam di atas tadi.Jika tiada usaha dalam hidup sehari-hari untuk membetulkannya, malah betul atau salah tidak sedikitpun menyentuh hati,jelaslah individu itu tergolong dalam kejahatan.Justeru itu tipislan harapan di dunia ini untuk akrab dengan malaikat ,dan jauhlah dari menghidu bau syurga di akhirat kelak.

Tepuk dada sendiri tanyalah iman masing-masing berdasarkan penjelasan hadith tersebut.Jika tinggal solat atau melakukan maksiat tidak merasa berdosa atau bersalah kepada Allah Azza Wa Jalla,tidakkah itu bererti sedang menghampiri kawah neraka ?

Sabda Nabi Muhammad sallallahu 'alayhi wa-sallam itu bagai cermin untuk umatnya melihat wajahnya sendiri,dengan cermin itu mereka boleh melihat sama ada dirinya bakal menjadi ahli syurga atau neraka.Jika dihati seseorang mempunyai hasrat untuk mengkaji dan mendalami Islam untuk membetulkan diri selaras dengan kehendak Allah Azza Wa Jalla ,mudah-mudahan hasrat itu mencerminkan bayangan dirinya sebagai ahli syurga.

Jika seseorang berhajat untuk menjadi ahli syurga,mereka perlu memahami hadith Nabi Muhammad sallallahu 'alayhi wa-sallam itu.Mereka perlu berusaha mendampingi majlis ilmu,sanggup tinggal anak isteri kerana menghadiri kuliah agama.Hanya dengan cara itu kefahaman agamanya akan meningkat,dengan kefahaman yang tinggi itu semuga amalannya akan selaras dengan kehendak Allah Azza Wa Jalla.

Andainya seseorang itu berada di tangga itu bererti ada harapan menjadi insan yang baik di dunia dan untuk menjadi ahli syurga di akhirat kelak.Inshaa Allah. Apabila seseorang dikehendaki Allah Azza
Wa Jalla menjadi seseorang yang baik ,bukan sahaja mereka diberi kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama,juga akan diilhamkan untuk memudahkan mereka mencari jalan yang betul.


Berhubung dengan ilmu itu, Nabi Muhammad sallallahu 'alayhi wa-sallam juga menegaskan melalui sabdanya yang masyur yang bermaksud ; "Sesungguhnya orang2 alim (ulama )itu adalah waris para Nabi-Nabi".

Sesetengah orang merasa bangga jika mereka dari keturunan darah bangsawan dan seumpamanya ,sayangnya kebanggaan itu tidak sedikit pun bernilai di sisi Allah Azza Wa Jalla.Sebaliknya yang mempunyai nilai di sisi Tuhan ialah pewaris para Nabi-Nabi. Seseorang mungkin tidak mempunyai hubungan keturunan dengan Nabi Muhammad sallallahu 'alayhi wa-sallam ,tetapi
baginda sallallahu 'alayhi wa-sallam memberi jaminan bahawa umatnya boleh menjadi waris para Nabi sekiranya mereka menerima ajaran dan beramal dengan amalan yang ada pada Nabi Muhammad sallallahu 'alayhi wa-sallam.


Orang yang mempunyai ilmu dan amalan seperti yang dimiliki oleh para Nabi itu,tidak lain ialah para ulama.Sebagaimana sabda Nabi Muhammad sallallahu 'alayhi wa-sallam yang bermaksud ; "Sesungguhnya kami di kalangan para Anbiya' bila mati tidak meninggalkan dinar atau dirham,sebaliknya kami meninggalkan ilmu dan hikmah".

Dinar dan dirham tidak bernilai di sisi para Anbiya,justeru itu mereka tidak akan meninggalkan kekayaan yang tidak bernilai kepada para warisnya,yang berharga ialah ilmu pengetahuan.Justeru itu menerima ilmu pengetahuan bersumberkan Al Qur'an dan sunnahnya , sama ada zuriat mereka
atau sesiapa jua di kalangan umatnya,sesungguhnya itulah orang yang dikatakan waris para Nabi.


Tidak kira apa jua bangsanya dan dari negeri mana asalnya,meski pun mereka hidup ribuan tahun selepas kewafatan Nabi Muhammad sallallahu 'alayhi wa-sallam ,namun apabila telah diiktiraf sebagai
warisnya,kelak mereka diletakkan seiring dengan para Nabi di dalam syurga.


Di dunia ini ada orang merasa bangga kerana keturunan raja-raja dan seumpamanya,mereka akan mewarisi takhta pemerintahan atau kedudukan yang tinggi dalam kerajaannya.Namun tidak sama dengan kebanggaan yang dirasai oleh umat yang mewarisi ilmu pengetahuan dan hikmah ,yang diakui
oleh Nabi Muhammad sallallahu 'alayhi wa-sallam sebagai warisnya yang akan menikmati kebahagiaan syurga di akhirat kelak.


Semua telah maklum,bahawa tiada pangkat dan kehormatan yang lebih mulia di sisi Allah Azza Wa Jalla selain dari pangkat Nabi.Tetapi tiada lagi Nabi selepas Nabi Muhammad sallallahu 'alayhi wa-sallam kerana baginda sallallahu 'alayhi wa-sallam adalah Nabi terakhir yang diutus Allah Azza Wa Jalla ke muka bumi ini.

Namun peluang yang masih terbuka kepasa umat Nabi Muhammad sallallahu 'alayhi wa-sallam ialah untuk menjadi pewaris para Nabi.Dalam erti kata berusaha mempelajari ilmu pengetahuan berasaskan wahyu Ilahi dan mengamalkannya , sebagaimana yang diajarkan oleh Nabi Muhammad
sallallahu 'alayhi wa-sallam.



Happy is the man who freed himself from his "self"
and united himself with the Infinite.
When you sought refuge in the Qur'an of God,
you mingled yourself with the essence of the Prophets.

The Qur'an is a narrative of the states of the Prophets
who glory in the blessed ocean of His majesty.

-Rumi, "Mathnawi"


Did We not comfort your heart and relieve you
of the burden weighing down your back?
Did We not exalt your renown?

Every hardship is followed by comfort.
Indeed every hardship is followed by comfort.

-Qur'an, Ash-Sharh, Surah 94:1-6



All living beings that dwell on the earth are doomed to die.
Only your Lord's countenance will abide forever, powerful and glorious.
Then which of your Lord's blessings will you deny?

All those who dwell in the heavens and on
the earth entreat Him for sustenance,
and every day He executes universal power.
Which then of your Lord's blessings will you deny?

-Qur'an, Ar-Rahman, Surah 55:26-30
Posted by Lynn Ross at 7:57 pm |

0 Comments: