Sunday, January 08, 2006
Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Alhamdulillah..perkara pertama untuk hari ini telah selamat anaa laksanakan iaitu pergi ke bengkel untuk servis kereta yang anaa sering gunakan. Sebenar²nya, sudah terlebih tempoh. Anaa Qodo' hari ini. =) Anaa minta 'adik' (jiran sebelah rumah) untuk temankan anaa. Agak bosan juga sekiranya anaa pergi berseorangan.

Selesai sahaja, kami singgah di IOI mall untuk beli kredit tambah nilai untuk abang anaa di Brunei, adik nak fotostat IC, dan anaa hendak cetak gambar ummi anaa sewaktu dia di Mekkah. Tak lama selepas itu, kami terus pulang ke rumah kerana anaa sudah mula terasa lapar.

Dengan hanya nasi goreng dapat anaa menahan lapar hingga ke malam. Alhamdulillah..Selepas itu, anaa menyiapkan essay anaa yang dah lama tertangguh..Alhamdulillah 90 peratus siap.
Petang dalam jam 6.15, anaa diajak oleh ummi anaa ke klinik untuk ambil ubatnya.

Selepas solat maghrib, anaa bersiap-siap untuk ikut abang anaa ke Sports Planet di Puchong. Abang anaa main futsal, anaa sebagai penonton sahaja. Tujuan anaa kesana untuk lihat keadaan sekeliling, memandangkan itu tempat baru dan anaa tak pernah sampai ke tempat itu.

Pada waktu yang sama, ada sahabat abang anaa duduk bersembang, sempat anaa mencuri dengar. Mereka membincangkan tentang agama. Sejuk telinga anaa mendengarnya. Terasa iri hati pun ada juga. Mana tidaknya, mereka tahu apa yang dihujahkan dalam bahasa lain, berilmu. Anaa harap suatu hari anaa juga boleh berhujah dengan ilmu penuh didada. Sungguh pun, rugged+main bola, tapi masih boleh membincangkan soal agama. Pertama kali anaa lihat didepan mata, sekumpulan lelaki yang bermain bola dimana ada diantara mereka yang menutup aurat.

Ingin ana quote apa yang sempat anaa dengar;
"Orang perempuan haruslah cari pasangan/bakal suami yang benar-benar baik dan bertanggungjawab, terutama dalam bab AGAMA."
(orang lelaki juga haruslah mencari pasangan/bakal isteri yang benar-benar baik dan bertanggungjawab, terutama dalam bab AGAMA.)

Itu yang sempat anaa dengar. Maknanya disini, faham-faham sahajalah. Segala tindak-tanduk isteri, si suami akan bertanggung jawab. Contoh yang paling mudah, si suami membiarkan isteri tidak menutup aurat. Tidak bertudung lah yang selalu kita lihat sekarang. Suami tersebut akan menanggung segala dosa selama mana isteri itu membuat kesilapan. Sekiranya isteri tidak pernah bertudung/menutup aurat sehingga saat dia mati, suami tersebut akan tanggung segala dosa-dosanya. Memakai tudung sahaja tidak berguna, sekiranya soal pakaian tidak diambil kira. Contohnya, memakai tudung, tetapi, menampakkan bentuk badan seperti memakai baju/seluar yang ketat, memakai tudung dengan tidak menutup sebahagian tubuh badan terutama bahagian dada, memakai baju yang terlalu nipis, menampakkan punggung dan sebagainya. Setiap perkara perlu diambil kira. Cara pemakaian perlulah berdasarkan panduan yang sebenar. Terdapat nas-nas, dalil & hadith yang menyokong sekiranya dilihat didalam al-Quran.

Itu baru soal pemakaian. Bagaimana pula dengan amalan harian? Bagaimana pula dengan tanggungjawab suami/isteri? Bagaimana dengan perkara-perkara lain? Rata-rata yang anaa lihat, kebanyakan diantara mereka mengambil mudah atau memperlekeh perkara-perkara begini. Tidak memikirkan tentang akhirat yang disibukkan hal dunia, keseronokan untuk masa yang singkat. Seolah-olah, akhirat lain cerita. Yang perlu difikirkan 'sekarang'. Pada anaa itu sama sekali dia telah menolak hukum ALLAH. Nauzubillah.. Minta dijauhkan lah. Sedarlah, kita hidup hanya sekali. Insaflah, mematuhi perintah ALLAH itu sebaiknya. Jadilah diantara orang-orang yang beriman. Lakukan setiap perkara hanya kerana ALLAH. IKHLASkan lah hati. Bersungguh-sungguhlah ketika berdoa, solat, bekerja, beramal ibadat. Jangan bersikap sambil lewa, buat sesuatu perkara hanya sekadar melepaskan batuk ditangga. Solat, solat juga..maksiat pun buat juga. Ini tak sepatutnya terjadi. Ingatlah, dosa yang kecil sekiranya kerap dilakukan membawa kepada dosa besar. Astaghfirullah hal 'azim....

Selama 2 jam anaa terpaksa menahan lapar. Tiba dirumah, anaa tak larat pula untuk makan. Dah masuk angin agaknya. Abang anaa gorengkan burger, anaa hanya larat makan setengah sahaja, yang selebihnya anaa berikan kepada kucing untuk habiskan. Yang penting anaa tidak membazir! =)

Sempat juga anaa chat bersama sahabat di yahoo dan kini anaa mula letih dan mengantuk.
Anaa akhirinya disini sahaja. Jazakillahu khairan khatira.
Posted by Lynn Ross at 12:52 am |

0 Comments: