Monday, December 12, 2005
Apa yang harus kita buat apabila suasana sekeliling kita seolah-olah menjurus kepada tanda-tanda bahawa dunia ini sudah hampir ke penghujung usianya,


  1. Pertingkatkan lagi ilmu pengetahuan kita terhadap Islam agar setiap amalan kita mempunyai sandaran daripada Al-Quran, Hadith dan bahan-bahan rujukan yang disepakati oleh Ulama'.
  2. Perbanyakkan bertaubat kepada Allah Azza Wa Jalla dari segala dosa; besar dan kecil.
  3. Bersikap Zuhud terhadap Dunia seperti sabda Rasulullah sallallahu 'alayhi wa-sallam : 'Jadilah kamu di dunia ini seperti seorang perantau atau musafir'. Yang membawa maksud sebagai musafir yang mengambil keperluan sekadarnya untuk meneruskan perjalanan untuk sampai ke tempat yang di tuju.
  4. Memperbanyakkan bekalan untuk kehidupan Akhirat seperti yang di Firmankan oleh Allah Azza Wa Jalla :'Berbekallah dan sesungguhnya sebaik-baik bekalan adalah taqwa dan bertaqwalah kepada Ku (Allah) hai orang-orang yang berakal'.(Surah Al-Baqarah 197).
  5. Memperbanyakkan kerja-kerja Dakwah bagi mempertinggikan syari'at Allah Azza Wa Jalla.
  6. Mentaati semua Perintah (Syari'at) Allah Azza Wa Jalla.
  7. Mengelakkan perpecahan dan perselisihan sesama orang beriman dan sekiranya berlaku menjadikan Al-Quran dan Hadith sebagai jalan penyelesaian.

Prophet Muhammad sallallahu 'alayhi wa-sallam commented,
“A man follows the religion of his friend;
so each one should consider whom he makes his friend.”
(Abu Dawud 41: 4815).

Beware of the pleas of the oppressed,
because they will ask for justice from Allah,
and Allah does not deny the rights of the deserving.

-The Prophet Muhammad, as reported by 'Ali bin Abi Talib
Posted by Lynn Ross at 3:57 pm |

0 Comments: