Monday, January 16, 2006
Alhamdulillah, semuanya dah berjalan dengan lancarnya. Anaa sampai awal dioffice hari ni. Al-maklumlah, interview. Hehehe...

Sampai aje, anaa terus diminta tunggu ditraining room. Lepas isi borang+particulars..dan perkara yang diperlukan, anaa kena jawab aptitude test pula. Test ni anaa jawab dalam masa 15min/30min. Bukan sebab hebat, sebabnya anaa dah pernah buat test tu dulu sewaktu anaa dipanggil untuk interview jawatan yang lain ditempat yang sama. =) Sempat anaa perhati candidate lain... berkerut² dahi, garu kepala yg tak gatal, muka tertekan sungguh. Lepas aptitude test, ada grammar test+writing test(e-mail). Haa..ni pulak turn anaa berasa tertekan. Habih aje test.. ada short briefing dari interviewer sendiri. Masa briefing teruk juga anaa, ada ice-breaking and anaa kena tanya macam² disebabkan anaa pernah+masih bekerja disitu. Aduhaii...

Habih briefing dekat pukul 12 tgh hari. Candidate semua diminta makan dulu. Selepas tu baru sessi interview dijalankan. Hurmm...lamanya laa...Anaa tak makan lunch sebab dah tak ada selera. Lama sangat duduk...sejuk pulak tu. Hanya minum Milo suam aje. Dalam 2.30pm giliran anaa diinterview. Semuanya OK. Anaa dapat jawab segala apa yang ditanya. Walaupun ada sedikit perasaan ketar, anaa buat² cool. hehehe.. anaa bercerita pulak dengan interviewer tu. Tersengih =) interviewer tu.

Keseluruhan semuanya OK =). Oh ya, hari ni terpaksa anaa tuang/burn hari kerja. So, no money for today! Dari pukul 9 pagi..sampailah ke pukul 3 ptg baru habih. Tak per la..experience.

That's it for today!

Ilalliqa'
Posted by Lynn Ross at 10:47 pm |

0 Comments: