Saturday, January 14, 2006
Dari Aisyah r. a, berkata: Rasulullah saw bersabda: "Wahai Aisyah, hindarilah olehmu amal-amal yang remeh (dan suatu lafaz disebutkan :'Dosa-dosa') kerana ada yang menuntut dari Allah terhadap amal-amal itu."
(Isnadnya shahih ditakhrij Ibnu Majah, Ahmad, Ad-darimi, Ibnu Hibban dan Al-Qada'I dalam Musnadusi-Syihab.)

Ini merupakan wasiat Rasulullah saw kepada aisyah r. a. Merupakan wasiat yang maat berharga, berfaedah dan peringatan tentang hal yang sering dilalaikan iaitu dosa2 kecil.

Whai muslimah, yang lurus dalam keimanannya tidak memandang keherdakaan. Lalu dia berkata "Itu hanya dosa kecil dan remeh". Tetapi wanita muslimah harus takut terhadap seksa Allah, menangis kerana takut terhdap penderitaan api neraka dan merasa rugi andai kata dia terhalang utk masuk ke syurga.

Wanita Muslimah yang beriman, sentiasa merasa khuatir terhadap dirinya dan takut kepada seksa Allah. Maka dia sentiasa berada di dalam ketaatan kepada Allah dan melaksanakan kebaikan.

Wanita muslimah haris menjauhi dosa2 kecil apatah lagi dosa2 besar. Selagi mereka mahu meninggalkan dosa2 besar, taubat dari dosa2 kecil, beristighfar, dia pasti akan mengampuninya FirmanNya:

Jika kamu menjauhi dosa2 besar di antara dosa2 yang dilarang kamu mengerjakannya, nescaya kami hapus kesalahan-kesalanmua (dosa-dosamu yang kecil) dan kami masukkan kamu ke tempat yang mulia (syurga)
(Al-nisa':31)

Allah swt sangat besar maghfirahNya, Maha luas RahmatNya, mengampuni siapapun yang dikehendakiNya.

(Rujukan: 50 wasiat Rasulullah SAW utk wanita)
Posted by Lynn Ross at 10:31 am |

4 Comments:

At Sat Jan 21, 12:53:00 pm 2006, Blogger hamka said........
tapi dimanakah kemulian seorang wanita hari ini?
 


At Sat Jan 21, 01:01:00 pm 2006, Blogger Lynn Ross said........
Saya pun ingin mengutarakan soalan yang sama wahai saudara. Saya pun semakin tidak faham dengan peel wanita sekarang terutama dikalangan remaja & muda-mudi. Sedih, kecewa, geram, kasihan, marah dan lain-lain lagi. Tidak langsung endah pada fundamental Islam dan tidak takut ALLAH. Na'uzubillah..
 


At Sat Jan 21, 03:03:00 pm 2006, Anonymous Anonymous said........
saya ada menulis tentang kemulian wanita dalam www.keretamayat.blogspot.com.
harap cek ross dapat bagi tunjuk ajar...
 


At Mon Jan 23, 12:45:00 pm 2006, Blogger hamka said........
terima ksih atas pandangan cek ross...
saya hargai....