Friday, July 14, 2006
Menitis air mata anaa, tapi bukan krn sedih, krn gembira. Abg Long anaa sudah pulang berkumpul bersama keluarga anaa. Alhamdulillah..syukur sangat2. Akhirnya ALLAH buka juga pintu hatinya dan kini dia sedar akan kesilapannya. Anaa dah mula merasakan sesuatu akan terjadi diawal pagi, tapi masih belum nampak apa sebenarnya. Selepas sholat Jumaat, Abg Long sama anak lelakinya singgah dirumah. Sebaik mereka masuk ke rumah, Aup(anaknya) terus menuju ke anaa, langsung salam dan memeluk anaa sekuat2nya. Bergenang air mata. 3 bulan lebih anaa tak berjumpa dia walhal rumahnya dibawah bukit aja. Rindu sungguh! Langsung juga Abg Long anaa mencari Ummi anaa dan salam, mohon maaf dan mereka berpelukan. Mencurah2 air mata anaa keluar. Ada satu perkara yg disebut oleh Abg Long anaa membuat anaa tersentak. Katanya, selama itu, hidupnya tidak berkat selama berbuat salah dan tidak berdamai sama orang tuanya. ALLAHhu akbar! Besar betul kekuasaan mu ya ALLAH.

Rupanya, Abg Long anaa dirompak. Rumahnya dimasuki orang dengan pukau dan banyak barang2 berharganya dicuri. Semua kehendak ALLAH.

Kata walid anaa, Abg Long mula tersedar setelah mendengar khutbah sholat Jumaat tadi. Alhamdulillah..syukur kepada Mu, ya ALLAH. Khutbahnya ttg 'anak derhaka'. Ummi anaa juga bilang kalo selama ini dia tidak pernah mendoakan yg tidak baik utk siapa2, cuma yang diminta agar anakn sama cucunya kembali seperti dulu. Tapi, ALLAH lebih mengetahui apa yang terbaik. Ummi anaa redho.

Inilah dia 'sudah terhantuk, baru tergadah'. Walaucamanapun, anaa tetap syukur all back to 1. Terlalu banyak pengajaran dan nasehat dpt anaa pelajari. Ingin anaa ingatkan diri anaa dan siapa2 sahaja, janganlah kita mudah melatah atau mudah berasa besar kepala. Sungguhpun kita tau kita benar atau tidak, ingatlah selalu dimana kedudukan kita, dari mana kita datang, siapa kita tanpa orang tua kita. Mengalah bukan berarti 'kalah'. Beralah juga berarti 'menang'. Sentiasa mohon petunjuk dari yang Maha Kuasa. InsyaALLAH.

Wallahualam
Posted by Lynn Ross at 8:08 am |

0 Comments: