Sunday, September 04, 2005

Bismillah hirrohmannirrahim..

Syukur Alhamdulillah hari ini anaa dikurniakan Ijazah Pengurusan Bisnes (Kepujian) major Pembangunan Usahawan. Awal pagi anaa bertolak ke campus bersama parents anaa. Sampai kat sana agak awal, tunggu punya tunggu...anaa di panggil utk berkumpul dibelakang dewan utk check kedatangan. Seronok pulak jumpa kwn2 lama. :)

Masa kat belakang dewan tu la kami bersiap2 betul2kan mortar board, pakai jubah...tidak ketinggalan bergambo... hehehe...tu yg penting. Agak lama kami berposing kat belakang tu. Anaa pulak sibuk practice curtsy. Kekekee....maklumlah..anaa ni bukannya biasa jumpa org atau ke majlis2 formal cam gitu. Agak lama gak kami kene tunggu kat belakang dewan tu sementara menunggu VVIP dtg.

Apabila kami dipanggil utk masuk ke dewan, anaa terus ketar...dah la anaa row pertama, anaa org terakhir dlm row tu..sabor aje la. Banyak kali anaa baca ayat kursi utk tenangkan hati anaa...Alhamdulillah anaa berjaya control. Lepas dah duduk..ucapan dah disampaikan...tibalah masanya utk menyerahkan ijazahnye...yeahaa.. lagi debar anaa dibuatnya. Kami semua mulalah beratur..dan nama diumumkan satu persatu.

Selepas dah terima betapa leganya rasa...Alhamdulillah...anaa pun kembalilah ke tempat duduk. Bila duduk lama sangat...anaa mulalah resah...asyik bersembang aje dgn kwn sebelah. Masing2 dok gelak..buat lawak yg ntah hape2...hehehe. It was fun!

Tamat je upacaranya..terus cari member...tangkap gambo. Best..best... Sebelum tu anaa cari parents anaa utk salam kerana telah merestukan anaa sehingga anaa dianugerahkan ijazah tu. :) Lepas dari tu, anaa jln2 cari member..utk tangkap gambo. Anaa ni bukanlah bersakan bergambor..tp, bila lagi. Lepas ni dah susah nak jumpe.

Walaucamanapun, anaa nak ucap thank you kat Hidayah sbb bagi anaa bunga. Itu lah satu-satunya bunga yang anaa dpt. Alhamdulillah...ada gak org ingat dan baik hati bagi kat anaa. Thank you so much! Tak lama lepas tu, anaa pun cari parents anaa...ajak depa balik. Dah tak larat nak dok kat situ lama2. Panas pulak pakai jubah tu. :)

One thing for sure, parents anaa sure bangga dgn satu-satunya anak perempuan mereka ni. Hehehe...Kami decide nak celebrate later combine skali ngan adik anaa. Next two weeks kut adik anaa pulak convo. Musim convo..ekekeke..

Sekian, wassalam.
Posted by Lynn Ross at 5:44 pm |

2 Comments:

At Mon Sept 05, 02:40:00 am 2005, Blogger Abah Adrian said........
TAHNIAH!!! KENDURI NANTI TAKMO JEMPUT SAYAKAH?
 


At Mon Sept 05, 04:28:00 pm 2005, Blogger Lynn Ross said........
alamak, x buat kenduri le...kalau kenduri kawin nanti buleh le dijemput. so, tunggu la yea...hihihii ;)