Saturday, October 15, 2005
Bismillahirrahmanirrahim

Hidup nafsi-nafsi di zaman ini sangat berleluasa
Seolah-olah sudah jadi budaya manusia
Kalau berjumpa pun kebetulan sahaja atau kerana perlu atau terpaksa
Kalau bukan kerana yang disebutkan tadi tidak perlu berjumpa

Kerana hubungan hati sesama manusia sudah tidak ada
Rindu-merindui sesama manusia lebih-lebih lagi tidak ada
Manusia kalau sengaja hendak berjumpa sesama terseksa
Prejudis sesama, curiga-mencurigai sentiasa ada

Manusia hari ini hidup tidak ada erti apa-apa sesama manusia
Hidup menyendiri tidak mampu pula
Kerana satu sama lain mahu tidak mahu perlu-memerlu
Di dalam perlu-memerlu itu tautan hati tidak ada
Pertemuan fizikal bukan pertemuan hati manusia
Aduh! seksanya hidup di zaman ini

Berada di tengah ramai dirasa keseorangan
Masing-masing membawa hal masing-masing
Hidup yang dituju sebenarnya tidak ada
Kecuali makan, minum, rehat, tidur baring, kahwin
Selain ini tidak tahu ke mana tujuan hidup yang sebenarnya

Hanya mereka faham selepas hidup mati
Mengapa hidup tidak tahu jawapannya
Mengapa mati lebih-lebih lagi tidak ada jawapan yang pasti
Cuma ada juga dengar-dengar di cuping telinga ada azab ada nikmat

Tapi keyakinan itu tidak dihayati
Kerana itulah bimbang selepas mati itu tidak begitu ditakuti
Seolah-olah susah dan senang itu hanya ada di dunia
Begitu dahsyat sekali fahaman umat Islam di hari ini
Sekali pun yang nampaknya beragama


Nukilan: Ust Hj Ashaari Muhammad
12.5.2004 Menjelang tidur
Posted by Lynn Ross at 2:53 pm |

0 Comments: