Sunday, October 02, 2005
Assalamu'alaykum .....

Rasuwlullah s.a.w. ada bersabda, katanya, "Setiap anak Adam akan dijaga oleh dua malaikat. Malaikat yang di sebelah kanan lebih berkuasa dari yangsebelah kiri. Sekiranya seseorang anak Adam melakukan dosa maka malaikat yang di sebelah kiri akan bertanya pada malaikat di sebelah kanan katanya,"Apakah yang harus aku catit?"

Kata malaikat di sebelah kanan, "Jangan kamu catit dahulu dosanya sehingga ia melakukan 5 kesalahan. Malaikat yang di kiri bertanya lagi,"Kalau ia telah melakukan 5 kesalahan, apa yang harus aku catitkan?"

Jawab malaikat kanan, "Biarkannya, sehingga ia membuat kebaikan kerana kami telah diberitahu oleh Allah s.w.t bahawa satu kebaikan akan mendapat 10 pahala. Oleh itu hapuskanlah 5 kesalahannya yang lalu sebagai tebusan dan kami masih simpankan untuknya 5 pahala lagi."

Tercenganglah syaitan mendengarkannya lalu berkata,"Kalau macam ini sampai bilakah aku dapat merosakkan anak Adam."

Demikianlah rahmat Allah pada hambanya, kasih sayangNya melimpah luah tiada terbatas hanya hambanya saja yang lalai dan leka dengan keseronokkan serta kemewahan dunia.

Al-Quran:"Say Your Prayers Before Prayers For You Are Said".
Posted by Lynn Ross at 10:30 pm |

1 Comments:

At Sun Oct 02, 10:36:00 pm 2005, Anonymous Anonymous said........
Gadget News Direct From Tokyo
PC World's Techlog News, opinion, and links from Editor in Chief Harry McCracken.
Cool Blog –I’ve bookmarked it for future visits.
I have a new invention site. It pretty much covers new invention related stuff.
Hope you can check it out soonJ