Dari Aisyah r. a, berkata: Rasulullah saw bersabda: "Wahai Aisyah, hindarilah olehmu amal-amal yang remeh (dan suatu lafaz disebutkan :'Dosa-dosa') kerana ada yang menuntut dari Allah terhadap amal-amal itu."
(Isnadnya shahih ditakhrij Ibnu Majah, Ahmad, Ad-darimi, Ibnu Hibban dan Al-Qada'I dalam Musnadusi-Syihab.)
Ini merupakan wasiat Rasulullah saw kepada aisyah r. a. Merupakan wasiat yang maat berharga, berfaedah dan peringatan tentang hal yang sering dilalaikan iaitu dosa2 kecil.
Whai muslimah, yang lurus dalam keimanannya tidak memandang keherdakaan. Lalu dia berkata "Itu hanya dosa kecil dan remeh". Tetapi wanita muslimah harus takut terhadap seksa Allah, menangis kerana takut terhdap penderitaan api neraka dan merasa rugi andai kata dia terhalang utk masuk ke syurga.
Wanita Muslimah yang beriman, sentiasa merasa khuatir terhadap dirinya dan takut kepada seksa Allah. Maka dia sentiasa berada di dalam ketaatan kepada Allah dan melaksanakan kebaikan.
Wanita muslimah haris menjauhi dosa2 kecil apatah lagi dosa2 besar. Selagi mereka mahu meninggalkan dosa2 besar, taubat dari dosa2 kecil, beristighfar, dia pasti akan mengampuninya FirmanNya:
Jika kamu menjauhi dosa2 besar di antara dosa2 yang dilarang kamu mengerjakannya, nescaya kami hapus kesalahan-kesalanmua (dosa-dosamu yang kecil) dan kami masukkan kamu ke tempat yang mulia (syurga)
(Al-nisa':31)
Allah swt sangat besar maghfirahNya, Maha luas RahmatNya, mengampuni siapapun yang dikehendakiNya.
(Rujukan: 50 wasiat Rasulullah SAW utk wanita)