Sunday, August 20, 2006
Subject: [zaharuddin] adakah wajib lafaz salam ditulis dgn penuh?


salam,

terima kasih atas "teguran" atau "peringatan" yang diberi.

Bagaimanapun, saya tidak lah termasuk di kalangan orang yang bersetuju untuk mensyaratkan assalamualaikum di tulis penuh. Tidaklah saya ketahui apakah dalil khusus yang digunakan bagi mensyarat dan mewajibkannya.

Menurut Islam, yang lebih penting adalah "kefahaman intipati". JIka anda faham ianya adalah lafaz penuh, maka tiada lagi masalah bagi menulis ringkasannya. Perlulah memahami maqasid Shariah (objektif dari hukum Shariah) dalam hal ini. objectik shariah dalam hal memberi salam adalah sunnah dan mendoakan sdr seiSlam. Ia dibuat dalam bentuk verbal biasanya. apabila ditulis secara tulisan, jika benar formal, bolehlah anda menulisnya dgn lengkap, tetapi di kala tidak formal, yang penting maksud shariahnya sampai.

Tulisan "salam" atau "akum" atau "askum", sudah tentulah bermaksud lafaz salam yang penuh, tiada siapa yang akan menulisnya kecuali bermaksud lafaz salam yang penuh. Maka adalah menjadi suatu kecacatan sendiri apabila si pembaca membacanya dengan lafaz singkat. sbgmana singkatan "utk", "dsbg" dan difahami secara automatik ia adalah bermakna "untuk", "dan sebagainya".

Justeru, Islam adalah agama yang memudahkan dan bukan menyusahkan dengan perkara amat cabang dan kecil ini, bagi merasakan inidvidu yang menggunakannya adalah salah.. bagi saya, orang yang mengganggap salah itulah yang salah.

Adalah logik dan diterima Syara' utk menggunakan sgktan bagi lafaz salam di sms, mahupun email dan lain-lain tempat yg sesuai, kerana ia tetap bermaksud lafaz slaam yang ditujukan.
Posted by Lynn Ross at 1:19 am |

0 Comments: