Saturday, July 23, 2005
It being requested by a person who wants it in BM. So, I got to type it in BM. My both bahasa are not good actually.

Kami gerak dari rumah kira2 dalam pukul 8.45 pg. Sampai disana lebih kurang 9.30 pg. dan turunkan 2 lagi askar kekeke...x de la...turun kan 2 org utk naik ke office sbb takut dicop lambat lagi. Kemudian, anaa dan kakak ipar anaa terus ke Kg. Baru utk beli kuih. Lepas dah beli kami terus ke PWTC semula, tp...sabar je la..parking penuh langsung! Dah round banyak kali. Letih otak, letih jiwa...hurmm...tiba2 kawan anaa call...tanye ape anaa buat di PWTC? Bila masa jadi puteri Umno...Dia gelak besar.....naik malu anaa...Tgh2 sembang, ada polis pandang2 pulak. Muka cam bagus2...terpaksa la anaa hang up! >p

Kami terpaksa park kereta di rumah aunty kakak ipar anaa dan naik teksi ke PWTC. Sampai disana...terjumpa Syed, dan ajak dia terus naik atas. Lepak sekejap. Sambil breakfast nasi lemak. Anaa pun call balik kawan anaa tadi, dan sembang terus dgn dia. Lama gak la. Hehe. Then, kami ada pegi ke tingkat berapa ntah..di situ anaa nampak Hishamudin dan Ali Rustam. Anaa terus larikan diri, takut masuk dlm camera pulak. Karang x pasal2 anaa muncul dlm tv. Ohh, tidak...!

Tak lama selepas tu, ada 2 lagi hamba Allah muncul, Shah & Chica. Kami pegi lunch di The Mall. Hari tu anaa rasa x berapa best...sbb anaa still sakit mata. Tak tau kenapa. Rasa nak demam pun ada. Makan pun gitu2 je. Lepas dah makan, kami gerak semula ke PWTC. Dan tiba2..Shah nak gi derma darah. Kami tunggu la di luar bilik tu bersama Chica. Sempat sembang2 ngan Chica. Baik budaknya...demam pulak dia ari tu. Cian...cian! Tak lama lepas tu, Pak Lah pun dtg gi visit org2 yg derma darah. Dapat lah si Shah bersalam ngan Pak Lah. :p Anaa dpt tgk Pak Lah dari jauh je.

Pastu, kami di heret utk escort seseorang. Terpaksalah kami tinggalkan Chica. Dalam 15 ke 30 minit menunggu, muncul org nya..dia adalah wakil menteri negeri Johor kut, ke Melaka? Entah..x ingat. Kami iring la org tu sampai ke office tingkat 5 tu dan siap2kan la ape2 yg patut.

Then, anaa pun solat zuhur..rehat sekejap, sambil tunggu waktu asar. 2 org yg kami tinggalkan kat bawah tadi...pun naik skejap ke atas, jumpa sekejap dan ckp bye2...pas tu depa pun blah terus. Tak lama lepas tu, kami pun blah jugak...

Hish..anaa rasa lain macam berbahasa melayuw ni. Name je org melayuw. Tp, kemelayuwan dlm berbahasa entah kemana. Bahasa Melayuw anaa teruk! hihihi

Sekian, wassalam.
Posted by Lynn Ross at 9:56 pm |

0 Comments: